Friday, January 6, 2017

Didik Jiwa Menjadi Ibubapa Syurga

NAMA  : SITI FAIRUZ ZAHIRAH BT MOHAMED ZAABARUDDIN
NO SIRI : 049


Suatu ketika kita pernah menangis angkara anak-anak yang menggores perasaan malangnya kita lupa menangisi diri sendiri kerana dosa-dosa kita pada mereka.Inilah punca ketegangan yang terjadi di antara ibu bapa dan anak,masing-masing merasa tidak berdosa.

1.Jangan Khianati Allah
Ada ibu bapa yang langsung tidak sentuh jiwa anak bahkan memandang wajah anak pun tak sempat apatah lagi berbual bual mesra disebabkan takut jatuh miskin jika tidak mengejar wang.Padahal anak memiliki hak untuk mendapatkan pendidikan dan asuhan tangan ibu bapa.Lalu ramai pula yang menuduh anak dengan tuduhan derhaka jika melawan padahal yang memberi contoh derhaka yang sebenarnya ibu bapa yang lari daripada tanggungjawabnya atau serahkannya pada orang lain.Lari daripada menjaga amanah Allah adalah pengkhianatan yang besar,bukankah Allah telah memberi amaran yang tegas di dalam firmannya: “Wahai orang-orang yang beriman,jannganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah amanah yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui”.(surah al-anfal ayat:27)

Tidak adakah ibu bapa yang menginsafi ayat ini dan berasa amat menyesal kerana mengkhianati Allah apabila tidak sempat mendidik anak dengan akhlak,ibadah dan ilmu tentang Allah?Atau mereka masih lagi sibuk dengan ambisi masing masing,impan yang tak pernah habis tentang dunia yang dibanggakan malangnya anak menjadi harta berharga di akhirat di sia-sakan?Pengkhianatan yang akan membawa penyesalan di  hadapan Allah nanti.Anak-anak yang seharusnya menjadi sumber pahala ibu bapa akhirnya tidak berguna sedikit pun di akhirat kerana kecuaian ibu bapa sendiri.Bukankah Allah telah ingatkan tentang anak-anak yang tidak berguna ini melalui firman-Nya? “Iaitu pada hari yang harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat(bersih).”(Surah Al-Syura’ ayat 88-89)

2.Jangan Hilang Takwa
Ramai yang mendabik dada apabila sudah brgelar ibu bapa kerana kononya kunci syurga ada pada mereka.Mungkin mereka lupa gelaran itu adalah amanah berat yang akan ditanya di akhirat,setiap detik yang kita lalui bersama anak akan disoal siasat berlegar-legar di antara hak dan tanggungjawab.Kerana anak adalah ujian yang boleh mendatangkan rahmat ataupun sebaliknya azab yang pedih jika tidak dipikul dengan sepenuh ketakwaan.

Sebagaimana firman Allah SWT: “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah,yang mereka khawatir tentangnya(kesejahteraan).Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”(Surah Al-Nisa’:9). Keturunan yang lemah bukan hanya miskin harta benda saja yang lebih dahsyat lagi lemah imannya,ilmunya dan lemah keupayannya membina kehidupan.Jadi janganlah terlalu berbangga dengan ramainya anak kerana ia beban berat yang amat susah untu dipikul sepanjang hayat. Kadang-kadang disebabkan terlalu focus menambah pendapatan untuk kesejahteraan keluarga,ibu bapa justeru mengabaikan penjagaan dan keselamatan anak.

3.Jangan Putus Asa
Ada kalanya kita putus asa dalam mencorakkan agama di jiwa anak,kita kata nasi telah menjadi bubur tak boleh buat apa-apa lagi sebab anak sudah rosak dngan teruk.Mengapa tidak mengambil semangat Nabi Nuh yang masih memujuk anaknya hingga detik nyawa yang terakhir,bahkan baginda masih berdoa memohon kepada Allah walaupun anakandanya telah lenyap ditelan bah?Mengapa tidak mengambil iktibar daripada kesabaran Nabi Yaakub a.s walaupun telah dikhianati anak-anaknya tetap masih memohon ampun untuk mereka ?.Mengapa tidak mengambil pengajaran dari Nabi Ibrahim walaupun pedih dipisahkan dari bayinya berbelas tahun tetapi tetap berusaha dan berdoa untuk zuriatnya dengan doa yang indah: “Wahai Tuhan,sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan,dekat dengan rumah Mu yang di muliakan,Wahai Tuhan yang demikian itu supaya mereka mendirikan solat maka jadikanlah sebahagian hati manusia suka kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur .”(Surah Ibrahim ayat;37).


Adakah kita mampu menjadi ibu bapa syurga bagi anak-anak?Marilah amalkan ilmu keibubapaan dari sisi Allah dengan hati dan mata yang sentiasa mengalirkan air mata syurga!.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *