Ditulis Oleh:
NAMA : SITI FAIRUZ ZAHIRAH BT MOHAMED ZAABARUDDIN
NO SIRI : 049
Perkahwinan
merupakan satu perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab dan amanah.Bagi
memenuhi tanggungjawab dengan baik,maka kasih sayang ,kemesraan dan keharmonian
diwujudkan bagi mengimbangi bebanan tanggungjawab tersebut.Namun ada kala
tanggungjawab menampilkan banyak cabaran yang menyebabkan penceraian.
Adalah sukar
untuk kita terus menghukum seseorang yang berkahwin sama ada boleh terus kekal
berkahwin atau tidak.Ini kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesuatu
perkahwinan itu serasi atau tidak.Tetapi,sudah tentunya jika perhubungan
pasangan yang agresif ia mengundang kepada penceraian.Namun,ada beberapa kes
yang mana perkahwinan baru sahaja berlangsung tidak sampai setahun sudah
bercerai.Kenapakah perihal ini boleh berlaku sedangkan ramai orang mampu
bertahan perkahwinan mereka selama berpuluh tahun?
Terdapat satu
kaedah menggunakan tarikh lahir dan masa waktu dilahirkan yang digunakan
sebagai satu kajian bagi memahami fenomena tersebut.Kaedah tersebut sebenarnya
telah wujud di Tamadun China sejak lebih 5,000 tahun lalu dan pada zaman teknologi moden sekarang
ini membolehkan kaedah ini dikaji dengan lebih berkesan.Kaedah tersebut ada
banyak nama dan gelaran tetapi bagi pengguna kaedah ini versi penulis,kaedah
ini penulis menggelarnya sebagai kaedah “Graf Hayat” yang merujuk kepada kaedah
tersebut bagi memudahkan untuk kita semua mengingatinya dengan mudah.
Di dalam kaedah
tersebut terdapat beribu-ribu jenis fenomena dan tentunya salah satu fenomena
yang kita bincangkan di sini adalah perihal kahwin dan cerai itu.Gambar rajah
di sini adalah satu contoh dan ia sebahagian daripada gambar rajah kesuluruhan
Graf Hayat itu.Anda akan dapati bahawa terdapatnya perkataan “Married Star” dan
“Widowed Star” di situ.Terjemahan mudah untuk “Married Star” adalah berkahwin
manakala terjemahan yang ketara untuk “Widowed Star” adalah cerai.Dengan kata
lain,individu ini memiliki fenomena kehadiran “Married Star” bersama “Widowed
Star” pada tempoh yang sama.Bukan semua orang yang memiliki fenomena
sebegini.Kebanyakan orang yang memiliki fenomena “Married Star” yang hadir
dalam hidupnya dahulu dan kemudiannya barulah kehadiran fenomena “Widowed
Star”. Manakala ada juga individu yang memiliki fenomena “Widowed Star” dahulu
dalam hidupnya dan barulah kehadiran fenomena “Married Star” selepas itu.
-
Bukan Kerana Tidak Serasi
Walau
bagaimanapun,susunan kedua-dua fenomena itu,setiap orang pasti ada dan melalui
tempoh “Married Star” atau “Widowed Star” ,cuma lain orang lain pula usia itu
berlaku dan lain pula susunannya.Buat individu yang memiliki kedua-dua fenomena
“Married Star” dan “Widowed Star” yang hadir pada tempoh usia yang sama,tentu
kita dapat bayangkan bagaimana peristiwa fenomena tersebut.Seringkali kita
mendengar kes atau berita pasangan yang bercerai selepas baru beberapa
minggu,bulan atau tahun berkahwin.Tentu sekali orang menyerahkan kepada takdir
atau terus sahaja mengakui tiada lagi keserasian.Namun apa yang ingin penulis
dedahkan di sini adalah kadang kala bukan kerana perihal tiada lagi keserasiaan
dan sebagainya tetapi kerana imdividu itu tersebut pada masa yang sama.Apa jua
alasan yang diberikan adalah berbalik kepada fenomena “bercerai”selepas berkahwin itu.
Maksudnya,apa
yang berlaku kepada pasangan tersebut bukanlah untuk menyalahkan sesame sendiri
tetapi kedua-dua pasangan perlu memahami punca fenomena itu berlaku dan kenapa
ia berlaku sebegitu cepat berbanding dengan orang lain.Sebenarnya kita tidak
memerlukan Graf Hayat ini untuk bercerita tentang perihal kahwin dan cerai
secara logiknya perkahwinan adalah salah satu ikatan yang perlu dipertahankan
sehingga ke akhir hayat,melainkan ada kes-kes tertentu . Namun Graf Hayat
ditunjukkan di sini adalah untuk membuktikan bahawa ramai kurang memahami
bagaimana perjalanan hidup mereka ini memberi kesan kepada merek a terutamanya
di dalam perihal perkahwinan.
No comments:
Post a Comment