Ditulis Oleh:
NAMA : SITI FAIRUZ ZAHIRAH BT MOHAMED ZAABARUDDIN
NO SIRI : 049
Islam
membenarkan seseorang lelaki berkahwin lebih daripada satu . Dalam berpoligami
, Islam menetapkan bahawa seorang suami itu harus mempunyai sifat adil dan
mampu memberikan nafkah kepada semua isterinya . Dalam persoalan diatas ini ,
adalah satu kecuaian yang disengajakan suami kerana tidak menjalankan
tanggungjawab secara adil .
Maksud keadilan
disini berkisar kepada soal nafkah yang diberikan dan giliran bermalam dengan
isteri . Seorang suami tidak bermalam di rumah salah seorang isterinya tanpa
keuzuran yang dibenarkan telah menyalahi hukum secara jelas dan terang-terangan
. Alasan dalam persoalan disini adalah takut rahsia perkahwinan dengan isteri
kedua diketahui isteri pertama .Ini tidak adil dalam berpologami maka si
suami hendaklah dihasihatkan supaya
berlaku adil dalam berpoligami.Sepatutnya dalam perkahwinan si suami hendaklah
memikirkan masalah berpoligami dan keperluan-keperluan dalam berubah tangga.Maka
dalam hal ini nampaknya telah berlaku kesilapan dari awal iaitu si suami tidak
bersedia dalam berpoligami.
Masalah
merahsiakan perkahwinan dalam berpoligami adalah masalah suami dan isteri
tetapi masalah tidak bermalam di rumah isteri kedua adalah kesalahan
besar.Perkahwinan yang boleh mendatangkan rahmat dan pahala telah bertukar
kepada dosa dan kemurkaan Allah sebab berlaku tidak adil.
Berterus Terang
Inilah masalah
yang berlaku melanda orang yang berpoligami.Biasanya jika mengikut pengetahuan
penulis,poligami yang menikut peraturan akan diketahui oleh isteri pertama
tetapi dalam kes ini isteri pertama tidak mengetahui seolah-olah perkahwinan
kedua ini tidak mengikut peraturan.Penulis hanya membuat andaian dan tidak
perlu dibahaskan.Masalah keadilan dalam poligami tidak kira sama ada
perkahwinan itu mengikut peraturan atau tidak,si suami hendaklah menjalankan
tanggungjawab mengikut hukum syarak.
Kegagalan
berlaku adil dalam poligami secara sengaja adalah dosa dan nasihat saya adalah
supaya suami menerangkan kepada isteri pertama bahawa dia telah berpoligami dan
perlu bergilir-gilir bermalam di antara isteri pertama dan kedua.Berterus
terang adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah.Dalam
berpoligami,mengadakan giliran bermalam adalah suatu kewajipan kepada suami.Dalam
melakukan giliran,suami hendaklah melakukn giliran dengan adil.Kalau dalam hal
ini suami mempunyai dua orang isteri maka hendaklah dia melakukan secara
adil.Walaupun isteri itu uzur,sakit atau haid tidak menghalang isteri mendapat
giliran bersama suaminya.Tidaklah bermakna bermalam itu bersama.Hak giliran itu
hilang apabila si isteri ingkar perintah suami.
Asal masa
giliran antara isteri adalah malam bagi suami yang bekerja pada waktu
siang.Kepada suami yang bekerja pada waktu malam maka waktu gilirannya adalah
pada waktu siang.Suami juga harus adil dalam pemberian dan nafkah kepada sesama
isterinya.Makanan dan pakaian hendaklah jenis yang sama.Dalam masalah
keadilan,si isteri sentiasa mengingatkan kepada suaminya supaya tidak cuai dan
tidak melaksanakan tanggungjawab dengan adil.Jadi dalam berpoligami keadilan
adalah wajib.
No comments:
Post a Comment