Nama: Afiqah bt Che Abdullah
No.siri: 023 | No.Matrik: 14021107
KES
penderaan kanak-kanak bukanlah perkara baru dalam negara ini. Malangnya
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Statistik Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan peningkatan kes penderaan
kanak-kanak dari 2010 iaitu sebanyak 3,257 kes, 3,428 kes (2011), 3,831 kes
(2012), dan 4,119 kes pada 2013, manakala dari Januari hingga April 2014 sahaja
terdapat sebanyak 1,430 kes.
NUR
ZULIANA ZAARA ZULKIFLI, 5, mangsa dera dirawat di Hospital Raja Perempuan
Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Kes
terbaru seorang kanak-kanak perempuan lima tahun dipercayai didera oleh ibu
tirinya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah tulang
belakang, rusuk, paha termasuk dipenuhi kesan parut.
Masa
depan kanak-kanak tersebut gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan
kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan. Hasil pemeriksaan kesihatan
mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat
masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang
tulang paha kiri dan kanan.Keadaan tersebut berlaku kerana mangsa tidak pernah
dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak
dia mula didera kira-kira enam bulan lalu. 10 kesan kecederaan patah dikesan
di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian
tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.
Mangsa
dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang
selama kira-kira tiga hingga enam bulan. Dia juga didapati dalam keadaan trauma
di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem
pernafasannya.Kanak-kanak itu juga mengalami kekurangan zat yang kronik
menyebabkan berat badannya susut hingga 15 kilogram iaitu menyamai berat budak
berusia tiga tahun.Betapa zalimnya si pendera kanak-kanak ini sehingga sanggup
memperlakukan anak yang masih kecil dan belum kenal erti kehidupan sebegitu
kejam.Kes penderaan terhadap kanak-kanak bukan setakat melibatkan penderaan
fizikal, tetapi juga penderaan seksual dan mental sehingga ada yang diculik dan
dibunuh dengan kejam.Apakah puncanya berlaku perkara ini? Kes penderaan
kanak-kanak berpunca daripada tekanan perasaan, hutang, perceraian, tekanan
hidup yang menghimpit kehidupan orang ramai selain kurangnya kasih sayang dalam
institusi keluarga.Kita berharap agar mereka yang bertanggung jawab akan
menerima penghakiman sewajarnya. Proses keadilan dapat berjalan dengan lancar
dan mampu memberi pengajaranApabila bercakap tentang keadilan, tidak dapat
tidak kita akan mengaitkannya dengan undang-undang.Dalam hal ini kita sudah pun
mempunyai undang-undang yang melindungi kanak-kanak.
Menurut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,
penderaan terhadap kanak-kanak kurang upaya dan normal adalah termasuk
kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.Jika
sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau
penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.Antara tujuan utama sesuatu
undang-undang dikuatkuasakan adalah untuk mendidik dan mengatur kehidupan sesebuah
masyarakat, bukannya menghukum walaupun biasanya apabila seseorang melanggar
undang-undang, mereka harus dihukum.Justeru bagi mencapai proses pendidikan
kepada masyarakat, pendedahan dan penerangan haruslah diberikan secara
berterusan. Ini agar mereka menjadi masyarakat yang celik undang-undang.Apabila
masyarakat lebih peka, maka tindakan pencegahan akan menjadi lebih senang.
Mereka akan cuba mengatur kehidupan selari dengan undang-undang; serta tidak
mengambil tindakan sembarangan yang akan melanggar undang-undang.Dalam kes
penderaan kanak-kanak; orang ramai juga akan dapat memainkan peranan dan
melaporkan sebarang kes yang berlaku bermula di kawasan berhampiran kediaman
masing-masing.
Terdapat
juga permasalahan undang-undang yang hanya wujud di atas kertas. Undang-undang
yang hanya wujud di atas kertas selalunya tidak berkesan tidak kiralah berapa
banyak bilangannya. Ia akan kelihatan seperti tidak mempunyai taring; tidak
berkesan sama sekali. Ia seolah-olah tidak wujud serta tidak berguna.Negara ini
sememangnya terkenal dengan peraturan dan undang-undangnya yang serba lengkap.
Namun seperti yang disebut tadi, undang-undang yang lengkap saja tidak memadai
untuk mengatasi masalah sesebuah masyarakat.Apa yang diperlukan adalah tindakan
yang dikenakan terhadap perlanggaran tersebut. Jika berterusan tiada tindakan
yang diambil, lama-kelamaan masyarakat tidak akan lagi menghormati
undang-undang; sebaliknya ia akan menjadi bahan untuk ditertawakan.Kita tidak
mahu undang-undang di negara ini sampai ke tahap itu. Setiap orang harus
menghormati undang-undang yang telah digubal kerana ia telah melalui prosedur
yang betul. Proses keadilan hendaklah berlaku terhadap semua pihak dan tidak seharusnya
wujud pilih kasih.Aspek keadilan harus dilihat wujud dan ia sememangnya
benar-benar wujud. Proses keadilan berjalan dengan telus dan lancar tanpa ada
campur tangan mana-mana pihak. Kepentingan diri harus diketepikan demi mencapai
keadilan.
Dengan
cara ini barulah masyarakat akan memandang tinggi kepada sesuatu
undang-undang itu. Kita khuatir masyarakat tidak lagi mempunyai rasa hormat
kepada undang-undang. Apabila ini berlaku maka timbullah keadaan yang disebut
sebagai undang-undang rimba, yakni manusia boleh buat sesuka hati dan tiada
siapa yang akan mengawal.Apabila undang-undang tidak lagi dipedulikan, maka ia
akan kelihatan terpisah daripada masyarakat; walhal ia sepatutnya menjadi
sebahagian daripada masyarakat. Sebaliknya, apabila sesuatu undang-undang itu
berkesan, maka ia dapat dijadikan iktibar serta pengajaran kepada orang lain.
Sistem perundangan merupakan salah satu kriteria utama masyarakat bertamadun
seperti yang dikatakan oleh Ibn Khaldun. Ini kerana sistem perundangan mampu menghasilkan
keadilan yang amat besar pengaruhnya dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
tamadun.
No comments:
Post a Comment