NAMA :AFIFAH BINTI ABDUL RAHMAN
NO MATRIK:14021106
NO SIRI:020
Keluarga merupakan institusi yang
amat penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan unit kecil yang menjadi asas
dalam pembentukan masyarakat. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam
membentuk peribadi individu yang baik. Dari situ akan lahir masyarakat yang
berdisiplin dan akan tertegak negara yang cemerlang serta diredai Allah s.w.t.
Keluarga lahir dari ikatan perkahwinan antara dua individu yang kemudiannya
berkembang menjadi suatu institusi keluarga.
|
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah
s.a.w. dan menurut pandangan Islam perkahwinan adalah ibadat. Pandangan ini
amat berbeza sekali dengan fahaman dan pegangan agama-agama lain seperti
Kristian, Buddha dan lain-lain yang melarang ketua-ketua agamanya berkahwin
kerana mereka percaya perkahwinan bukan ibadat.
Ketua
keluarga perlu berusaha dengan sedaya upaya bagi memastikan ahli keluarganya
mendapat segala perkara asas yang diperlukan seperti tempat tinggal
makanan,pakaian,pelajaran dan keselamatan.anak-anak haruslah diberi kasih
sayang yang sewajarnya dengan tidak terlalu bebas dan tidak pula terlalu
terkongkong
Selain itu juga,personaliti merujuk kepada
perwatakan seseorang individu,penampilan diri dan tingkah laku yang tersendiri
dan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.perwatakan itu dibentuk
berlatar belakangkan keluarga itu sendiri kerana keluarga memainkan peranan
penting dalam pembentukan personality ahlinya.banyak perkara yang menyumbangkan pembentukan ahli keluarga
,antaranya termasuklah taraf hidup dan sosioekonomi
TUJUAN
BERKAHWIN DALAM ISLAM
1.
Mengekalkan dan mengukuhkan kesinambungan generasi manusia
Institusi
keluarga sangat penting untuk memastikan kewujudan manusia di bumi berterusan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kahwinlah kamu perempuan-perempuan yang penyayang
dan subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari kiamat
kelak.
(HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)
|
Hasil daripada
perkahwinan dan pembentukan keluarga, lahirlah anak-anak yang akan mengambil
tugas ibu bapa mereka seterusnya. Proses ini akan berterusan dengan harmonis
bagi menjamin kelangsungan hidup manusia di muka bumi.
2.
Memelihara akhlak dan kesopanan serta kemuliaan manusia
Pembinaan
institusi keluarga dapat mengawal individu dan masyarakat daripada terjebak
dalam kancah kemaksiatan kerana dorongan nafsu. Setiap manusia dikurniakan
nafsu syahwat oleh Allah s.w.t. Jika nafsu syahwat tidak dikawal dan disalurkan
pada tempat yang sewajarnya, sudah pasti akan berlaku kerosakan akhlak dan
meruntuhkan martabat manusia sebagai makhluk yang mulia. Justeru, perkahwinan
adalah perlu agar nafsu syahwat dapat dikendalikan dengan cara yang betul dan
menyumbang kepada pembinaan institusi keluarga yang kaya dengan nilai-nilai
akhlak yang mulia.
3.
Menjamin kesejahteraan rohani dan jasmani
Manusia
adalah makhluk yang istimewa kerana mempunyai keperluan rohani dan jasmani.
Dari segi jasmani, manusia dapat menikmati kesejahteraan dengan menjaga
kesihatan tubuh badan melalui amalan pemakanan yang sihat. Namun dari aspek
rohani, manusia perlukan kasih sayang, cinta dan perhatian. Maka dengan adanya
institusi keluarga, aspek rohani dapat diisi dengan kasih sayang antara suami
isteri dan anak-anak.
4.
Menyemai semangat tolong-menolong, persaudaraan dan perpaduan
Institusi
keluarga juga dapat mewujudkan semangat kekitaan sesama ahli keluarga.
Perkahwinan yang terjalin akan mengeratkan hubungan silaturrahim suami-isteri dan
tanggungjawab bersama. Malah seluruh ahli keluarga yang terdiri daripada
anak-anak mentua kedua-dua belah pihak akan merasai satu persaudaran yang
ikhlas sebagai satu keluarga. Perasaan kesatuan atas dasar kasih sayang dan
pertalian darah akan membentuk perpaduan dalam keluarga.
Indahnya
Islam yang mewujudkan institusi ini. Jika dibandingkan dengan institusi negara
Barat, mereka menentang institusi kekeluargaan dengan alasan hak asasi manusia
dan kebebasan. Isteri bebas melakukan apa sahaja. Begitu juga anak mereka
dengan dunia mereka sendiri tanpa kongkongan. Sebab itulah aktiviti seks bebas
melata di bumi mereka. Wanita-wanita bebas tidur bersama sesiapa sahaja lelaki
yang diingininya sehingga tidak diketahui siapa bapa dan ibu kepada anak yang
dilahirkannya.
No comments:
Post a Comment