Friday, January 6, 2017

Mengapa Kita Hidup?

Penulis; Mohd Hafizuddin bin Shafie
No Siri : 092 | No Matrik : 14021208

H.I.D.U.P , lima huruf bila menjadi satu perkataan menghasilkan lebih daripada lima makna. Kita kerap kali mendengar pertanyaan “Apa erti dari hidup” atau “Apakah tujuan hidup itu?’ atau “Kenapa kita dilahirkan?”. Seorang insan mahupun kita memiliki agenda masing-masing tentang apa yang menjadi tujuan-tujuan hidup kita. Adakah kita merasa sudah sempurna erti kehidupan apabila sampai ke Rantau Panjang hanya sekadar tidak mahu dianggap “darat” oleh manusia lain? Atau apa yang sebenarnya kita cari dalam kehidupan ini untuk dilihat sempurna?.
Mereka tidak lagi dianggap “darat” setelah sampai ke Masjid Beijing, Rantau Panjang.
(Gambar Hiasan)

Sebenarnya, ada tiga soalan yang perlu dijawab untuk mengenal diri, iaitu mengetahui hakikat manusia : siapa kita, dari mana asal kita, kenapa kita dijadikan dan ke mana kita akan pergi? Jawapan kepada soalan ini akan membentuk hala tuju dan pembinaan matlamat manusia itu sendiri. Kedatangan Islam bertujuan untuk membangunkan jiwa manusia dan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Kita datang daripada Allah, yakni Allah yang menciptakan manusia dengan sedemikian rupa. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk menjadi hamba dan khalifah Allah untuk mengurus bumi Allah. Melaksanakan tugas ini dianggap ibadat. Dengan jasad inilah manusia bergerak dan berusaha untuk menjalankan tugasnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi dan seterusnya mengimarahkan bumi ini. Dengan adanya akal dan roh, manusia mampu meningkatkan kualiti kehidupan dengan lebih baik dan lebih tinggi daripada makhluk lain.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
{Surah Al-Baqarah, ayat 21}
Usah ketawakan impian orang lain, manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

Telah disebutkan sebelum ini bahawa kita semua dihidupkan di alam ini sebagai hamba dan khalifah Allah. Kita perlu menunaikan segala perkara yang diperintahkan oleh Allah, khasnya yang berkaitan dengan ibadah khusus. Sebagai khalifah pula kita diberi amanah untuk mengurus dan memakmurkan bumi ini mengikut kehendak penciptanya iaitu Allah. Mengurus dan mengimarahkan bumi ini merupakan suatu ibadah kepada Allah dan merupakan sebahagian daripada ibadat umum. Firman Allah:d Bermaksud: Dia lah (Allah) Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. {Surah Hud, ayat 61}

Ke mana kita akhirnya? Ya…kita mesti ingat bahawa kita semua akan mati dan selepas itu, semua manusia akan dihidupkan semula di hari Kiamat dan dikumpulkan di Padang Mahsyar, menghadiri mahkamah Allah untuk dipersoalkan tentang amanah yang telah diberikan selama hidup di dunia ini dan seterusnya diberi balasan yang sewajarnya mengikut apa-apa yang kita lakukan semasa di dunia. Inilah hakikat manusia pada pandangan Islam. Firman Allah:
   
185. Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. {Surah Al-Imran, ayat 185}
Inilah hakikat manusia dan perjalanan hidupnya, iaitu bermula daripada alam roh hinggalah alam akhirat.




[TAMAT]
Rujukan:
1.    Al-Quran Al-Karim
2.    Tafsir Al-Quran Al-Karim

3.    Buku Pengajian Islam Untuk IPT, RM55,

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *