Ditulis oleh :
1. Aisyah Bt Haziman
No.siri : 013 | No. Matrik:14021109
2. Nurul Iffah Bt Ab. Hamid
No.siri :076 | No. Matrik: 14021103
3. Siti Nurul Nabihah Bt Mohamad
No.siri: 012 | No. Matrik:14021161
4. Siti Fatma Bt Mohd Nor
No.siri:077 | No. Matrik:14021154
5. Siti Zuraida Bt Mukhtar
No.siri:011 | No. Matrik:1401165
Restoran ini terletak bersebelahan
jambatan pulau Melaka.ukiran adalah daripada kayu dan tiang asal rumah melayu
lama. Hasil ukiran yang digunakan berusia lebih 100 tahun. Restoran dibina
hasil gabungan bahan ukiran asli daripada 20 rumah. Boleh memuatkan kira-kira
1000 pelanggan pada sutu masa.
Masyarakat melayu memang terkenal dengan
keindahan dan keunikan pelbagai cabang seni yang melambangkan kekayaan dan
kehalusan seni warisan zaman berzaman. Seni reka ukiran mungkin tidak diminati sebahagian gabungan masyarakat
yang lebih gemar dengan rekaan moden yang ringkas tetapi yang meminatinya pula
berpendapat dengan ia mempunyai daya tarikan dan nilai sentimental yang
tersendiri. Dikota Bharu, mereka yang selalu melalui pulau Melaka pasti biasa
melihat sebuah rumah besar seperti istana melayu yang tersergam indah terletak
bersebelahan jambatan pulau Melaka. Sekali imbas, memang tidak ubah seperti
istana zaman silam.
Ukiran kayu lambang seni bina
tradisional. Semua ukiran kayu, tiang, bunbung, pintu dan dinding direstoran
ini adalah ukiran asal mengunakan kayu cengal dan meranti daripada rumah
tradisional lama yang dikutip daripada seluruh pelusok Kelantan yang
kebanyakannya hampar runtuh dan terbiar.
Apabila memasuki ruang makan,
pengunjung pasti tidak akan terlepas pandang melihat penggarapan indah siling
kayu beserta hiasan “ lebah bergantung” yang memenuhi kiri dan kana restoran
Antara jenis ukiran direstoran ini
termasuklah bunga kacang , bunga lobak ,bunga teratai dan bunga kantan. Reka
bentuk rumah tradisional melayu disesuatu kawasan lebih banyak dipengaruhi oleh
faktor budaya masyarakat setempat seperti restoran ini dipengaruhi budaya
Kelantan.
No comments:
Post a Comment