Tuesday, January 3, 2017

Kesenian Islam dan Cinta: Masjid Noor Aini

Ditulis Oleh:
Nurul Aisyah Humaira bt Mazlan | No.siri:065 (14021146),
Nor Asiah bt Rezali | No.siri:066 (14021171), 
Nabihah bt Abd Aziz | No.siri:066 (15021361), 
Siti Aisyah bt Mohammed Razali | No.siri:094 (15021332)
Masjid Noor Aini dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku. Lokasinya yang terlindung dari hiruk piruk kota menyebabkan ramai yang tidak mengetahui Masjid Mukim Pasir Hor ini. Terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor.

Masjid yang terukir indah ini merupakan idea Tengku Noor Aini yang mana beliau adalah kerabat Di Raja Kelantan. Kerana terlalu cintakan keseniaan maka terbentuklah satu masjid yang berteraskan seni bina Melayu tradisional serta gabungan unsur-unsur keislaman didalamnya.

         Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta, dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Noor Aini. Ukirannya di ukir oleh Pengukir dari Bali, Indonesia namun ukiran yang diterapkan masih menggunakan ciri-ciri ukiran tradisional Kelantan. Keseluruhan seni bina dan ukiran merupakan hasil usaha Tengku Noor Aini, yang mana beliau sendiri turut membuat pemerhatian secara terperinci terhadap seni bina yang di terapkan. Masjid ini telah dirasmikan pada 24 October 2009, oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada setiap ruang inci Masjid adalah 100% ukiran kayu dan terdapat disebahagian sudut lain seperti di dinding-dinding terdapat kayu yang diukir dengan ayat-ayat al-Quran dan di alaskan cermin dibelakangnya menambahkan lagi keunikan masjid ini.

Ukiran-ukiran tebuk timbul bermotifkan flora dan fauna serta geometri Islam melatari dinding pemisah ruang jemaah wanita di bahagian belakang. Hiasan dalaman juga dilengkapi dengan hiasan untaian lampu gantung dari puncak bumbung yang disusun dalam bentuk cukup menarik.
Dari segi pencahayaan, masjid ini banyak menggunakan sumber asli. Ini kerana pada binaan masjid ini terdapat banyak ruang bukaan yang membolehkan pencahayaan semulajadi tersebut terus masuk menerangi ruangan masjid. Di sisi bangunan masjid, terdapat sebuah menara tangki air dan sebuah bangunan kecil yang boleh digunakan untuk mengadakan mesyuarat dan dewan jamuan jamuan.
Dek kerana terlalu cintakan kesenian maka lahirlah cetusan idea dari Tengku Noor Aini untuk menggabungkan keindahan ukiran dan agama islam.
Masjid Noor Aini jika dilihat walaupun secara pandangan kasar yang mana seni binanya penuh dengan kecantikan ukiran serta kesenian yang cuba di tonjolkan oleh Tengku Noor Aini.
Kerana kecintaan Tengku Noor Aini terhadap Kesenian, maka beliau berusaha sehabisnya dalam menata rias masjid. Dari sebesar-besar pembinaan sehingga sekecil-kecilnya turut beliau tonjolkan dalam kecantikan seni bina serta ukiran.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *