Penulis : Noor
Syazliyana binti Mohd Zani
No.Siri : 09 |
(14021124)
Sebagaimana
yang diketahui, umat nabi Muhammad s.a.w terdiri daripada dua golongan. Apakah
dua golongan itu..?.Dua golongan itu ialah golongan orang Islam dan golongan
orang bukan Islam. Lazimnya golongan Islam mempunyai kefahaman mengenai
tuntutan agama Islam. Tinggi atau rendah kefahaman agama itu bergantung kepada
usaha individu Islam itu sendiri. Mereka yang mempunyai kefahaman Islam yang tinggi
akan cuba sebaik mungkin untuk mengamalkan agama dengan sempurna. Tetapi pada
hakikatnya di zaman yang serba moden ini bilangan mereka yang mempunyai
kefahaman yang rendah mengenai Islam sangat ramai di seluruh dunia. Golongan
yang ramai inilah menimbulkan pelbagai masalah kepada umat Islam dan golongan
bukan Islam. Mengapa semua ini berlaku?
Golongan buakan Islam telah membuat
tanggapan yang begitu umum dan dangkal. Jiak berlaku sesuatu perkara yang
mengugat kehidupan, jari telunjuk orang bukan Islam akan terus menuju kepada
orang Islam. Penganut Islam dilabelkan dengan perkataan yang keji, hina dan
menjijikkan. Walaupun orang bukan Islam terdiri dari berbagai bangsa dan
fahaman tetapi apabila untuk menghukum orang Islam mereka boleh bersatu. Dari
scenario kehidupan ini, umat Islam perlu mengakui ini adalah berpunca dari
kegagalan untuk memaparkan keindahan Islam kepada bukan Islam. Tanpa kita
sedari umat Islam tidak Berjaya untuk menjadi umat yang terbaik untuk manusia.
Dengan itu, kita sebagai umat Islam perlu
bergerak untuk membuka lembaran baru supaya pelita Islam akan menyinari semula
di kalangan umat ini untuk kembali kepada umat yang satu.amalan Islam yang
sebenarnya perlu disyiarkan di seluruh dunia. Umat Islam dengan penuh keyakinan
pada diri sendiri bahawa tidak ada kaedah lain dapat memindahkan Islam kepada
golongan bukan Islam hanyalah membawa semula kehidupan Nabi s.a.w dalam
kehidupan ini. Ayuh sama-sama kita berganding bahu berdakwah mengenai Islam
yang satu. Bak kata pepatah melayu “ Bersatu kita teguh, bercerai kita coboh”.
Apabila umat Islam mengamaikan semua perintah Allah swt dengan cara Nabi
Muhammad s.a.w, hari demi hari golongan bukan Islam mula memahami agama Islam
yang sebenarnya. Kefahaman kepada Islam akan bertambah. Islam itu menjanjikan
keamanan kepada semua manusia untuk seluruh pelosok dunia dan ianya bukan
menjurus kepada kehidupan selepas mati tetapi Islam juga untuk kebahagian
kehidupan dunia yang sementara ini. Islam itu indah seindah namanya, walaupun
mereka mempunyai alasan dan tidak berhasrat untuk menukar kepercayaan asal yang
tidak sama seperti kepercayaan dalam Islam, mereka boleh lagi hidup dengan
selamat di bawah panji Islam.
No comments:
Post a Comment