Disediakan
Oleh:
Noor
Syazliyana Binti Mohd Zani
No.Siri: 09 | (14021124)
Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada
umat manusia ialah Islam. Islam merupakan agama yang mulia dan amat sesuai
dengan fitrah semulajadi manusia bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
di akhirat. Islam adalah agama yang bersifat global dan syumul yang mana ruang
lingkup ajaranya terlalu luas. Oleh itu, dalam memahami konsep ajaran yang
sebenarnya memerlukan kepada pemahaman yang mendalam dari berbagai aspek. Dalam
al-quran Allah s.w.t telah memberikan banyak takrifan kepada Islam demikian
juga Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda dan para ulama. Nama Islam
tidak disandarkan pada individu tertentu ianya tidak sama seperti agama
Kristian yang dikaitkan dengan Jesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama
Buddha. Islam juga tidak dikaitkan dengan mana-mana kabilah seperti agama
Yahudi yang dikenali daripada kabilah Yahuda. Begitu juga dengan Hinduism yang
dinisbahkan kepada nama tempat iaitu indus kemudian bertukar kepada Hindu. Tetapi
Islam yang sebenar adalah dari Allah s.w.t dan bukan dicipta oleh mana-mana
individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal. Ia tidak dikhaskan
untuk sesuatu kaum atau bangsa tertentu tetapi Islam merupakan agama untuk
seluruh manusia. Mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini
dengan sifat Islam.
Islam itu
sendiri berasal dari bahasa arab iaitu ‘aslama’. Dari segi bahasa ia bermasud
patuh,berserah diri,selamat dan sejahtera. Dari segi istilah syarak Islam
bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dengan beriman kepadanya
dan mengamal segala ajaran yang dibawa oleh Rasulnya. Islam mengajar kepatuhan
kepada Allah dan tunduk kepada perintahnya tanpa bantahan. Sebagai contoh,
orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat
haji, menghormati ibu bapa dan orang tua merupakan orang yang menunaikan
perintah Allah s.w.t.
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“ Islam itu dibina di atas lima asas iaitu
syahadat atau naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.kedua ialah
mendirikan solat fardu lima waktu, ketiga ialah berpuasa di bulan ramadhan,
keempat ialah membayar zakat dan kelima menunaikan haji ke mekah bagi yang
berkemampuan”
|
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“ Islam itu dibina di atas lima asas iaitu
syahadat atau naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.kedua ialah mendirikan
solat fardu lima waktu, ketiga ialah berpuasa di bulan ramadhan, keempat ialah
membayar zakat dan kelima menunaikan haji ke mekah bagi yang berkemampuan”
Hadis tersebut
merupakan suatu hadis yang amat penting yang membicarakan tentang rukun islam
yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang
yang mengaku dirinya seorang Islam. Pengakuan hidup seorang muslim terhadap
tuhanya mestilah diikrarkan dengan lidah yang terkandung di dalam kalimah Laa
IIaha IIallah. Pengakuan ikrar ini mengesahkan dirinya seorang Islam yang beriman
kepada Allah kerana dia telah mengembalikan hakikat kehidupannya itu ke
pangkuan Allah, dia merasa yakin dan perrcaya terhadap keesaan Allah dan
kekuasaannya menjadikan segala makhluk yang ada di alam ini.keimanan dan
keislaman seseorang itu tidak cukup hanya diucapkan dengan lidah tanpa disusuli
dengan tindakan selanjutnya atau amalan-amalan yang telah ditetapkan oleh
Allah. Iman itu mestilah diucap dengan lidah, diikrar dalam hati dan diamal
dengan anggota. Oleh sebab itu, pengakuan hidup seseorang muslim terhadap Allah
mestilah dilaksanakan dalam bentuk amalan, iaitu dengan menunaikan segala tugas
dan tanggungjawab yang telah difardukan, melaksanakan segala suruhan dan
kewajipan yang telah diturunkan dan menjauhi segala apa jua larangan yang telah
ditetapkan. Pengakuan ikrar itu pasti akan terlaksana apabila kalimah Laa IIaha
IIallah itu dapat diserapkan secara menyeluruh
menjadi amalan hidup. ,Pengakuan
yang kedua pula mengakui bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
bagi menyempurnakan lagi keimanan yang ada pada diri seseorang Muslim.
Kekuatan Islam
dan ajaranya seta umatnya itu terletak di bahu para pengikutnya sendiri,
kalaulah mereka beramal dengan amalan yang telah ditetapkan dan beristiqamah
untuk terus berada di jalan Allah, nescaya Islam dan ajarannya akan terus hidup
subur sehingga akhir zaman.
No comments:
Post a Comment