Ditulis oleh:
Noor Syazliyana bt Mohd Zani
No.Siri: 09 | (14021124)
Permasalahan akhlak di kalangan remaja telah menjadi suatu penyakit
yang tidak dapat ditutupi lagi. Manusia semakin hari semakin rakus mengejar
arus pemodenan dan kemajuan duniawi. Gawatnya penyakit akhlak di kalangan
remaja ini sehingga membawa gambaran buruk mengenai Islam kepada mata dunia
khususnya kepada orang yang bukan Islam. Islam ialah agama terakhir yang
diturunkan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Rasul
yang akhir pula ialah Nabi Muhammad S.A.W yang diutus untuk mengajar manusia
tentang Islam. Sebenarnya,perkataan moral dan akhlak itu sendiri mempunyai
maksud yang berbeza. Dalam penggunaan biasa,moral lebih kepada hubungan manusia
dengan manusia,manusia dengan binatang dan manusia dengan alam sekitar. Moral
tidak membincangkan hubungan manusia dengan Tuhan. Akhlak pula ialah asal
daripada perkataan arab yang bermaksud “sifat, perangai atau kelakuan seseorang”. Akhlak
menceritakan sikap seseorang tentang hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama
manusia dan hubungan dengan alam sekitar dan binatang. Orang yang baik
akhlaknya mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Dalam
membina kehidupan dunia,umat Islam tanpa disedari telah mengorbankan
nilai-nilai akhlak yang mulia.
Saban hari isu-isu
gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan secara tidak
langsung. Isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini agresif, berani,liar.
Siapa yang seharusnya dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Menurut
Prof Dr.Fatimah Yusoff, ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan
remaja perempuan mengatakan “Remaja ialah mereka yang berumur 11 hingga 18
tahun ke bawah”. Golongan remaja mempunyai corak hidupnya yang tersendiri,
lebih-lebih lagi dalam masa peralihan kepada umur dewasa. Pada peringkat usia
ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan sangat mengharapkan
perhatian.
Secara tidak langsung ianya telah membuatkan
mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan
masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya
umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin
tahu yang semakin menebal dalam diri remaja itu sendiri telah mendorong mereka
melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya
perkara tersebut terlebih dahulu”. Usia muda menyebabkan golongan ini mudah
terpengaruh khasnya terhadap aktiviti yang menyeronokkan, yang dalam banyak hal
meruntun mereka ke arah negatif. Antara budaya baru yang menular diri remaja
sekarang ini ialah bohsia, pengambilan pil ecstasy, ponteng sekolah, melepak di
pusat-pusat beli belah, video game, merokok, vandalism, pesta seks, menghina
hukum dan ajaran Islam dan banyak lagi.
CONTOH PERILAKU KERUNTUHAN MORAL
|
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik
dapat membimbing mereka kepada kebaikan namun jika tersilap memilih kawan akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang tidak diingini dan mendatangkan
keburukan kepada mereka sendiri. Selain itu, sikap remaja itu sendiri turut
menyumbang kepada terjadinya keruntuhan akhlak atau gejala sosial, kadangkala
mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka
merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami mereka. Maka dengan
mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa
bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan” dan “kawan
juga boleh menjadi gunting dalam lipatan”.
No comments:
Post a Comment