Sunday, January 8, 2017

Telefon pintar dan aplikasinya kepada pengguna Islam

Ditulis Oleh:
NAMA:                       MOHAMAD HAFIZ BIN RAZALI
NO. MATRIK:           14021088
NO. SIRI:                   108

Lambakan gajet di pasaran pada masa kini banyak memberi kesan kepada pengeluar gajet untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi baru bagi kegunaan penggunanya pada hari ini. Antaranya ialah gajet telefon pintar. Telefon pintar yang menggunakan sistem Android bagi menghasilkan paparan-paparan yang canggih kepada penggunanya dengan sistem prossesor, memori, layar dan sistem operasi yang di luar kemampuan telefeon biasa.
Lantaran itu, para pengeluar gajet muslim tidak melepaskan peluang dalam menghasilkan aplikasi-aplikasi baru bercirikan dakwah bagi memainkan peranan iaiatu berdakwah melalui teknologi. Terdapat pelbagai aplikasi Islam yang tersedia dalam setiap telefon pintar yang dibeli oleh pengguna islam.

Beberapa aplikasi islam yang boleh dipilih adalah aplikasi solat. Aplikasi ini bermanfaat sebagai peringatan kepada jadual solat. Aplikasi ini akan mengaktifkan getaran pada telefon pintar yang akan mengingatkan masuknya waktu solat sekaligus tidak terlepas menunaikan tuntutan agam tersebut. Di samping itu, disertakan dengan bunyi azan apabila waktu solat telah masuk. Aplikasi ini akan menyesuaikan waktu solat bergantung pada tempat kita berada.

Aplikasi ayat-ayat al-Quran turut dijadikan pilihan oleh pengguna islam pada hari ini bagi mengisi kesibukan kerja seharian dengan bacaan al-Quran. Aplikasi ini kebanyakannya tersedia dengan bacaan qari-qari tersohor dan terkemuka yang boleh didengari pada bila-bila masa sahaja. Ianya boleh mendidik dan membentuk jiwa serta menanam sikap cintakan al-Quran.

Petunjuk arah kiblat seluruh dunia turut dijadikan aplikasi oleh pengeluar telefon pintar, yang mana ia membantu pengguna ketika ingin menunaikan solat dan ketika dalam perjalanan satu tempat yang jauh sesuai dengan waktu tempat yang pengguna berada.

Ucapan motivator dan kata-kata tazkirah turut dijadikan sebagai aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna islam untuk menambahkan ilmu. Aplikasi ini akan memberikan pedoman dan petunjuk yang diambil dari al-Quran dan hadith. Setiap umat islam perlu mempunyai sikap berdakwah sesama kita seperti mana sabda rasulullah di dalam hadis riwayat Bukhari, hadis 3461 “sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat” yakni sampaikanlah yang berkaitan dengan islam walau sedikit.

Aplikasi berikutnya adalah doa harian. Aplikasi ini berguna untuk mengingatkan pengguna islam tentang doa-doa harian yang penting. Terdapat banyak doa yang boleh dipilih sesuai dengan keinginan pengguna. Ia dilengkapi dengan dua pilihan  bahasa yang boleh dipilih, iaitu bahasa arab dan melayu.
Selain itu, telefon pintar ini juga boleh dijadikan sebagai medium dakwah yang mana sistem aplikasinya boleh diislamikkan untuk tujuan berdakwah dan tazkirah bagi pengguna islam pada masa kini. Dimana kebanyakan umat islam pada masa kini semakin sibuk dengan kerja dan tugasan masing-masing, dengan adanya aplikasi sebegini para pengguna boleh membahagikan masa mereka dengan efektif. Allah swt berfirman dalam surah al-Imran, “ Dan hendaklah ada antara kamu satu kumpulan yang mengajak melakukan kebaikan, menyuruh melakukan segala perkara baik dan mencegah segala perkara yang salah”.

Kesimpulannya, kesemua aplikasi ini merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan umat islam merangkumi pendidikan dan kerohanian diri, dengan terdapatnya aplikasi ini ia boleh dijadikan sebagai alat untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *