Ditulis Oleh:
NAMA: MOHAMAD HAFIZ BIN RAZALI
NO. MATRIK: 14021088
NO. SIRI: 108
Laman sosial facebook yang
membolehkan penggunanya berkongsi maklumat, meluaskan jaringan persahabatan,
memuat naik gambar, menulis status, memuat naik video dan sebagainya haruslah
digunakandan dimanfaatkan dengan baik.
“Di
media sosial kita boleh menaip apa sahaja perkataan dengan kata-kata lebih
manis daripada gula dan kemudian menggunakannya untuk ‘mengayat’ orang lain
seperti yang biasa dilakukan Mat Afrika terhadap segelintir wanita di negara
ini
Pendedahan aurat
Ada sesetengah pengguna terutamanya
remaja yang terlalu ghairah memuat naik pelbagai foto sehingga tidak
menghiraukan garis panduan agama dan tidak memikirkan kesan terhadap kesan
penyebaran gambar-gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lain. Ini
kerana, apabila kita memuat naik gambar yang tidak sepatutnya seperti
mendedahkan aurat, semua pengguna yang ada dalam senarai rakan kita boleh
melihat gambar tersebut.
Inilah yang menjadi kebimbangan kita
terhadap remaja masa kini apabila terhakisnya rasa malu dari diri mereka. Islam
sememangnya menegah perbuatan mendedah aurat dan mempamer perhiasan yang tidak
sepatutnya diperlihatkan kepada orang yang bukan mahram sebagaiman firman Allah
taala: “katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya”. (an-Nur:31:
·
Penyebaran fitnah
Satu lagi isu yang menjadi wabak
berbahaya kepada masyarakat islam ialah penyebaran fitnah dan berita palsu
menerusi laman sosial facebook. Sesungguhnya media sosial ini telah disalah
gunakan oelh pengguna-penggunanya yang tidak bertanggungjawab.
Ramai pengguna terutama remaja,
dengan mudah dan cepat mempercayai berita yang dibaca di laman sosial facebook
dan dengan segera menekan butang kongsi tanpa berfikir panjang. Situasi ini
amat berbahaya kerana ianya melibatkan nama baik seseorang dan akan menjejaskan
kredibiliti individu atau organisasi tertentu.
·
Melakukan penipuan
Selain itu, media sosial facebook
juga dijadikan medan memperdayakan orang lain dengan penipuan. Ini dibuktikan
dengan dengan kes-kes yang dilaporkan di dada-dada akhbar berkaitan dengan
penipuan melalui laman sosial facebook.
Antaranya kes yang seorang pelajar
kolej swasta yang menjadi mangsa penipuan selepas mengeluarkan wang simpanan
untuk ‘melepaskan’ kekasih yang kononnya ditahan oelhe pihak keselamatan semasa
tiba di negara ini. Mangsa seorang remaja berkenalan dengan teman lelakinya dari England melalui
laman sosial facebook.
“ Di media sosial kita boleh menaip
apa sahaja perkataan dengan kata-kata lebih manis daripada gula dan kemudian
menggunakannya untuk ‘mengayat’ orang lain seperti yang biasa dilakukan oelh
Mat Afrika terhadap segelintir wanita di negara ini”, kata Othman Mamat,
Pengarang Eksekutif (Berita) Harian Metro, dalam penulisannya di kolum Sudut
Pengarang, akhbar Harian Metro.
Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri
sendiri bagaimana kita menggunakan dan memanfaatkan kemudahan teknologi
komunikasi sedia ada. Sebagai seorang muslim, kita ibarat cerminan kepada agama
islam itu sendiri. Jadi, jangan kerana apa yang kita lakukan, agama islam yang
suci mulia ini kelihatan buruk dan menjadi mangsa fitnah orang kafir.
No comments:
Post a Comment