Sunday, January 8, 2017

Kepentingan Pendidikan

Ditulis oleh:
Aiqizni binti yusoff
No.siri:085(14021108)


Kepentingan Pendidikan dalam konteks matlamat pendidikan kebangsaan.

Kepentingan pendidikan:
Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuan berakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum 
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
1.Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima sertamengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikutperlembagaan
4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepadaNegara
5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Berpandukan matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan di Malaysia ia boleh diterapkan pada kedua-dua teks kajian Sulalatus salatin dan juga Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. 

Contoh: Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Petikan halaman 33.
Pergaulannya dengan anakanak lain hanya di sekolah. Dia berkawan dengan Rahim kerana hubungan persahabatan ayah danibunya dengan keluarga Encik Muhammad. Dia berkawan denganRobert kerana sebab yang sama.

Kepentingan pendidikan:
F:MEWUJUDKAN PERPADUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
   
Mahani,Rahim dan Robert menjalinkan hubungan persahabatan menerusi sistem pendidikan yang diterima oleh mereka. Merekabertiga bersekolah di sekolah yang sama, jalinan pershabatan antaramereka telah memupuk perpaduan yang akrab antara merekabertiga. (hlm. 33)

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *