Penulis: AHMAD MUSLIM BIN MOHD NAWI
No. siri: 106
No. matrik: 14021082
Seni itu sememangnya indah dan kadangkala sukar
untuk ditafsir oleh mata kasar kerana ia mengandungi makna yang tersirat di
sebalik apa yang tersurat pada permukaannya. Secara umum mengetahui sesebuah
karya seni pada dasarnya adalah sebuah medium untuk sesetengah individu
meluahkan perasaan serta penghayatan mereka terhadap sesuatu yang terjadi dalam
kehidupan.
Kebiasaannya
karya seni itu dibahagikan kepada dua iaitu seni tradisional yang sering
dikaitkan dengan pautan kebudayaan serta nilai estetika yang tinggi dan seni
kontemporari yang lebih bersahaja serta lebih menjurus kepada persepsi
seseorang individu.
Dapat kita lihat hari ini, seni berkonsepkan kontemporari adalah lebih
mudah untuk diterima dan diketengahkan kerana ia lebih ringan untuk diterima. Tetapi
ada juga yang masih mengekalkan konsep asal kesenian itu dan memberikan sedikit
'nafas baru' kepada bentuk penghasilannya supaya ia menjadi lebih 'segar'
berbanding sebelum ini.
Hasil
seni yang dipamerkan berteraskan konsep tulisan khat asal dan disampaikan
melalui cara yang lebih menarik berbanding coretan dakwat hitam di atas sehelai
kertas putih. Seni khat Islam merupakan satu reka bentuk tulisan cantik atau
indah yang berteraskan kepada kitab suci al-Quran dan citra keindahan tulisan
Arab yang dipaparkan pada hari ini adalah kesinambungan warisan tradisi
kesenian karyawan Islam.
gambar hiasan
Secara
umumnya seni khat ini untuk mencerminkan perkembangan seni khat yang semakin
terpinggir dan terhakis kesan daripada arus kemodenan negara .Karya-karya khat sebenarnya tidak mengambil
kira mutu persembahan atau pengolahan karya yang sempurna, sebaliknya adalah
sebahagian daripada usaha pihak tertentu untuk melahirkan lebih ramai penggiat
seni khat pada masa akan datang.
Selain
dapat memperkembangkan ciri kesenian, seni khat juga merupakan satu terapi jiwa
yang secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kepada keesaan Allah.Seni
khat itu merupakan salah satu usaha gigih untuk memantapkan lagi perkembangan
askara cantik dalam masyarakat yang dilihat semakin dilupakan masyarakat.
Ia
juga bertujuan mengasah bakat baru untuk terus berkarya dan membuka ruang serta
peluang kepada golongan muda membina kerjaya mereka dalam bidang seni khat.
Pulangan daripada perniagaan seni khat di
Malaysia juga menunjukkan perkembangan yang semakin positif sejak akhir-akhir
ini dan anak bangsa kita seharusnya memperjuangkan kesenian indah ini secara
berterusan supaya dapat meraih keuntungan sewajarnya. Namun, apa yang kita
kesali semua urusan jual beli seni khat ini hanya dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pihak asing dari negara Asia Barat seperti Iran dan Turki.
Secara keseluruhannya, timbul
pengajar-pengajar dalam seni khat dalam Negara menyebabkan salah satu faktor
seni khat dalam Negara semakin meningkat dari semasa ke semasa, agar seni
sebegini tidak ditelan arus zaman yang serba moden.
Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'
ReplyDelete