Tuesday, January 10, 2017

Kesan Dan Cabaran Terhadap Fenomena Keruntuhan Akhlak

Ditulis Oleh:

NAMA :AFIQAH BT CHE ABDULLAH

NO SIRI :O23 | NO.MATRIK:14021107

 

Friday, 7 januari  2017


         
 Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan  kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini.
 Remaja  merupakan aset utama negara pada masa akan datang,  memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. 

           Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu sendiri.Antara kesan yang paling ketara ialah:
Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian individu berkenaan. Masyarakat akan sering memperkatakan tentang perbuatan yang telah dilakukan oleh beliau.
Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan

Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan. Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan.  Ke mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi keatas perbuatan yang telah dilakukan. Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami tekanan perasaan dan emosi dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil dan tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan masyarakat

            Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti AIDS, Hepetetis B, Kanser dan sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang terlibat dalam gejala ddaah pasti akan mudah mendapat penyakit HIV, dan begitu juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan meminum arak akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya. Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia. Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng.

Salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah perasaan ingin tahu dan ingin bercuba. Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa- apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada panduan dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. 


Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. 



Untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap pendidikan agama dan nilai-nilai murni.Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga dapat memberi bantuan dalam menringankan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini.

1 comment:


  1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *