NAMA: SITI
MAISARAH BINTI ISHAK
NO.SIRI: 025
Islam adalah agama yang
syumul. Tidak dapat dinafikan juga setiap orang mempunyai agama dan mryakini
agamanya sebagai agama yang benar. Oleh yang demikian, orang yang beragama
islam hendaklah mryakini agama islam sebagai agama yang benar dan penuh dengan
keindahan tersendiri. sebagaimana firman
allah taala yang bemaksud: “sesungguhnya agama yang benar disisi allah ialah
islam” (surah ali ‘imran, ayat 19).
Agama islam merupakn
satu-satunya agama yang mempunyai organisasi yang tersusun rapi, yakni bermula
dari organisasi dalam keluarga, kampung ,jabatan, hinggalah keperingkat Negara.
Islam juga membicarakan hubungan manusia dengan manusia dan mengatur hubungan
manusia dengan makhluk-makhluk ciptaan allah s.w.t. malah yang lebih indah lagi
hebat adalah hubungan antara manusia dengan penciptanya, iaitu allah s.w.t
sebagai hamba dengan tuannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam
quran dan as-sunah. Selain itu, islam mengajar dan menjelaskan kepada kita
tentang maslahah disebalik setiap suruhan dan larangan dalam islam serta
merumusakan falsafah perundngan islam. Inilah yang dikatakan islam sebagai cara
hidup yang syumul dan diwarnai keindahan dengan asas-asas islam yang telah
ditetapkan kepada umat islam.
Dalam islam, terdapat
jalan pemikiran atau pendapat-pendapat yang berlaku setelah islam berkembang
dan timbul banyak masalh yang tidak jelas hukumnyadalam quran dan sunah dan
inilah yang dikatakan mazhab. Maka, ahli ilmu akan melakukan ijtihad paa
msalah-masalah tersebut dan hasil daripada ijtihad ini, terdapat sedikit
erbezaan pendapat antara tokoh dengan yang lain kerana perbezaan keadaan dan
tempat. Dalam masyarakat islam, terdapat empat mazhab besar yang terkenal da
diiktiraf oleh jumhur ulama dan mempunyai pengikut seliruh dunia.
Antara mazhab-mazhab tersebut ialah:
a)Mazhab Hanafi – diasaskan oleh imam Abu Hanifah , Nu’man bin
Thabit (80- 150 H/699 M-767 M).
b)Mazhab Maliki-diasaskan oleh imam Malik bin Anas
(93H-179H/712M-789M)
c)Mazhab Al-Shafie-diasaskan oleh imam Al-Shafie, Muhammad bin
Idris (150H-204H/820M-767H) dan
d)Mazhab Hanbali-diasaskan oleh Ahmad bin Hanbal mulai
(164H-241H/780M-855M).
Bagi mencapai matlamat
dalam perundangan dan kehakiman,masyarakat islam akan berpandukan mazhab-mazhab
yang terkenal dan telah diiktiraf sebagai ijtihad pada msalah-masalah yang
timbul untuk menyelesaikan segala permasalahan yang wujud dalam perundangan
islam. Oleh itu, maka berlakulah perbezaan pendapat dalam islam dan mengapa
ianya boleh berlaku dalam kehidupan kita. Perbezaan pendapat antara mazhab
dalam islam bukanlah pada perkara pokok, sebaliknya perbezaan itu hanyalah pada
perkara cabang (furu’). Terdapat beberapa sebab atau faktor berlakunya
perberzaan pendapat dalam islam ialah:
i)wujudnya perbezaan “faham” sesuatu nas al-quran dan al-sunnah.
Kefahaman yang berbeza terhadap ayat al-quran atau hadis telah menyebabkan
perbezaan pendapat bagi sesuatu masalah;
ii)hadis-hadis nabi pada masa itu tidak terkumpul pada kitab-kitab
seperti yang ada sekarang. Jadi, pengetahuan tentang hadis tidak sama antara
seorang dengan yang lain dan hali ini menyebabkan berlakunya khilaf antara
mazhab;
iii)masa seorang sahabat berdamping dengan Rasulullah S.A.W tidak
sama. Ada sahabat sentaiasa berada bersama rasulullah s.a.w da nada pula yang
jarang-jarang berjumpa dengan baginda S.A.W . jadi sahabat yang sentiasa
berdamping dengan Rasulullah s.a.w lebih
banyak mendapat hadis dan lebih banyak mengetahui perbuatan nabi S.A.W. justeru
itu, ulama yang belajar dengan sahabat ini seperti imam Maliki banyak mendapat
hadis berbanding yang lain;
iv)tempat tinggal yang berbeza juga menyebabkan pendapat yang
berbeza bagi sesuatu masalah cabang seperti pendapat imam Maliki di Madinah
dengan imam Hanafi di Iraq.
Untuk mengetahui sejarah dan perkembangan mazhab-mazhab ini dengan
lebih terperinci, bolehlah rujuk kepada buku sejarah perkembangan islam oleh
Hassan salleh (1973). Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat
kepada semua pembaca.
No comments:
Post a Comment