NAMA: SITI
MAISARAH BINTI ISHAK
NO.SIRI: 025
Dalam era globalisasi kini, setiap rakyat dan masyarakat amat
memerlukan tiang untuk bergantung hidup bagi mengelakkan kehidupan seharian dan
akan datang tidak huru-hara hanya kerana pergolakan yang mungkin berlaku
disebabkan pemerintahan dan pentadbiran yang tidak tersusun dan berkesan.
Pemerintahan dan pentadbiran adalah dua perkataan yang berbeza,
sejurus itu maknanya juga pasti berlainan dan harus kita meneliti secara
ringkasnya. Pemerintahan adalah perkara yang berkaitan dengan system secara
keseluruhan , yang mengandungi politik, ekonomi ,social dan agama. Pentadbiran
pula, ialah proses untuk mencapai sesuatu objektif. Sengaja saya bawakan
definisi pentadbiran dan pemerintahan dahulu kerana ingin memberi gambaran
kepada pembaca mengenai dasar utama yang diperlukan dalam membentuk dan
menyusun pntadbiran yang tersusun.untuk melaksanakn urusan pemerintahan islam mestilah taat
kepada ajaran islam dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi, social ,teknikal
dan sebagainya.
Syura merupakan suatu perbincangan ,mesyuarat,perundingan dan
nasihat. Dalam islam secara umumnya diperintahkan supaya tindakan yang diambil
dalam pemerintahan dan pentadbiran diputuskan dalam mesyuarat, iaiatu mendapat
persetujuan ramai. Hal ini termasuklah dalam pemerintahan Negara, pentadbiran
pejabat dan jabatan, malah dalam pengurusan rumah tangga pun disuruh berbincang
dan bermusyawwarah . sebagaimana firman allah taala : “ Dan urusan mereka (
hendaklah diputuskan) dengan bermusyawwarah antara mereka”. (SURAH Al-syura
,ayat38)
walaupun syura bermaksud mesyuarat atau perbincangan , tetapi dalam
islam perbincangan itu pu mempunyai panduan dan prinsip-peinsip yang tertentu.
Antara prinsip tersebut termasuklah:
(a)segala keputusan yang dibuat mestilah merujuk kepada sumber asal
islam iaitu al-quran dan as-sunah;
(b)menerima dan menolak sesuatu pandangan juga haruslah dilakukan
dengan penuh hikmah dan nasihat (suah an-nahl, ayat 125);
(c)segala keputusan yang dibuat hendaklah mengutamakan kepentingan
umum( maslahah ammah).
(d)pengerusi dan ahli mesyuarat hendaklah menghargai dan
menghormati pendapat dan pandangan atau nasihat yang diberikan oleh ahli
mesyuarat.
Bagaimana pula yang dikatakan hisbah dalam pemerintahan dan
pentadbiran islam? Hisbah bermaksud hitung atau hisab. Maksudnya dalam
perbincangan ini hendaklah ada “penyemakan dan mencongak atau menilai”. Dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran, hisbah bermaksud “menilai pencapaian sesuatu
tindakan atau pelaksanaan projek”. Hisbah juga disebut sebagai muhasabah, iaitu
menyemak dan menilai sesuatu tanggungjawab demi memperbaik segala kekurangan
dan kelemahan.
Bagi mendapatkan
penghasilan yang jitu , hisbah tau muhasabh ini juga perlu patuh pada
prinsip-prinsip tetentu agar pelaksanaanya sempurna dan berkesan pada
masyarakat khususnya.
(a)hisbah ini hendaklah dilakukan dengan mengesan pelaksanaan dan
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan.
(b)mengesan dan mengenalpasti segala kelemahn dan kesulitan yang
menyebabkan timbulmya masalah atau kegagalan. Disamping itu, berusaha menyusun
strategi baru bagi mencapai kejayaan.
(c)Mebuat pembetulan kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk mengelak supaya kesalahan yang sama tidak berulang kembali.
(d)menilai pencapaian serta prestasi dalam pengurusan dan
pentadbirn dan dalam masa yang sama mrngatur strategi unuk memperbaiki
kelemahan tersebut.
(e)Mendengar komen daripada rakyat jelata dengan ikhlas dan
menilainya.
(f) perlu mengambil tindakan untuk membendung segala amalan yang
tidak sihat sera salah laku perbuatan yang menjejaskan pengurusan dan
pentadbiran negara.
Dengan panduan yang
dikongsikan ini, diharap akan dapat melahirkan idea yang baik dan membuahkan
hasil yang bernas, munasabah dan berkesan demi kebaikan masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment