NAMA: SITI
MAISARAH BINTI ISHAK
NO.SIRI: 025
Maqasid syariah antara elemen penting dalam islam dan perlu
dipelajari oleh kita. Namun ramai masyarakat yang masih keliru dan kurang
memahami akan kepentingan dan fungsi wujudnya maqasid dalam kehidupan kita hari
ini. Inigin penulis katakan bahawa, setiap yang halal itu jelas maka patuhilah,
apa yang dikatakan haram itu jelas, maka jauhilah diri dari menghampirinya. Dan
apa yang tidak dijelaskan itu adalah hadiah dari allah,maka terimalah dan
bersyukur kepadanya.
Maqasid syariah
merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar
setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat.
Mqasid syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan,natijah, atau maksud yang
dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalil al-quran dan as-sunnah. Selain
itu, maqasid ini boleh didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan, menolak kemudharatan, dan menghilangkan kemudharatan.
Maksud secara umum maqasid ini adalah tujuan perundangan islam atau falsafah
tashri’ atau falsafah perundangan islam. Tujuan allah menurunkan undang-undang
syariat adalah untuk menjaga lima perkara. Ianya terdiri daripada untuk menjaga agama, jiwa, akal fikiran,
harta benda dan keturunan.
Akan penulis kongsikan
dan memperjelaskan satu persatu mengapa perlunya setiap manusia itu kepada
maqasid yang telah diperkatakan diatas bagi menjamin sesebuah kehidupan
masyarakat manusia lebih aman dan harmoni. Yang dikatakan menjaga agama ini bermaksud menjaga agama seseorang
muslim itu supaya tidak jatuh atau menjadi murtad. Menjaga agama juga membawa
maksud menjaga kesucian dan ketinggian agama islam sebagai agama allah. Oleh
itu, terdapat undang-undang syariat yang melarang orang islam murtad. Sekiranya
murtad, ia akan dinasihati supaya bertaubat dan kembali kepada islam dalam masa
20 hari. Sekiranya masih ingkar, ia dihukum bunuh (mastika hadith,jld. 1). Ini
adalah untuk menjaga kesucian agama kerana orang yang keluar daripada islam
tergolong sebagai orang yang menghina islam, jadi ia wajar dihukum bunuh.
Perundangan islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik kerana
syirik dapat merosakkan akidah seseorang.
Menjaga jiwa dapat
didefinisikan sebagai menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati
disebabkan oleh kezaliman manusia. Dengan sebab itulah terdapat undang-ndang
yang melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa-apa cara sekalipun.
Orang yang membunuh orang, samada secara terang atau tidak sulit, dikira
bersalah dan kesaahan itu hukmannya adalah dibalas bunuh (hukum qisas). Oleh
yang demikian, hukum qisas itu adalah untuk memelihara jiwa manusia itu
sendiri.
Tujuan yang seterusnya
bagi kewujudan maqasid dalam syariah adalah untuk menjaga akal fikiran. Perkara
ini adalah amat penting kerana ia meliputi menjaga kesihatan akal dengan menjauhi
perkara-perkara yang dapat menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila.
Mabuk akan menjadikan martabat seseorang atau manusia jauh lebih rendah
daripada binatang kerana orang yang mabuk tidak dapat berfikir dengan waras.
Malah orang yang mabuk akan membahayakn dan membawa kerosakan kepada dirinya
dan orang lain jika ia memandu dalam keadaan mabuk. Larangan tersebut adalah
untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memelihara keselamatan
umum serta harta benda.
Harta benda
ialah semua yang kita miliki. Harta benda merupakan suatu kurniaan allah kepada
hambanya yang berusaha untuk mendapatkannya. Mencuri,memyamun,menipu,memonopoli
dan sebagainya adalah suatu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada
yang lain secara zalim. Perbuatan ini menyebabkan masyarakat tidak aman dan
inilah sebab mengpa islam mengharamkan perbuatan tersebut dan juga merupakan
falsafah di sebalik pengharamannya.
Tujuan diturunkan maqasid syariah ini adalah untuk menjaga
keturunan. Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan
sihat. Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang
merosakkannya. Perbuatan zina,rogol, dan homoseks adalah contoh amalan yang
dapat merosakkan keturunan. Islam mengharamkan semua amalan tersebut dengan
bertujuan untuk menjaga keturunan dan kedamaian rumah tangga.
Perlu
diketahui juga mengenai pembahagian maqasid syariah ada dua bahagian. Maqasid
yang pertama adalah maqasid ‘Ammah dan
maqasid khassah. Maqasid ‘ammah ini bertujuan untuk masyarakat umum. Contohnya,
larangan melakukan perbuatan mencuri,minum arak dan berzina adalah bertujuan
untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Seluruh manusia atau ahli
masyarkat mendapat manfaatnya dan terhindar daripada kerugian dan
kerosakan. Maqasid khassah pula
kebaikannya adalah untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment