Saturday, March 11, 2017

SUAMI SEBAGAI KHALIFAH RUMAH TANGGA

Nama : Nur syafiqah binti ismail
No. siri : 026
No. matrik : 14021271

Pada suatu ketika Imam Ghazali rhm pernah bertanya kepada anak-anak muriknya “ apakah yang paling berat didunia ini?”  berbagai jawapan yang beliau terima dari kalangan muridnya. Ada dikalangan mereka yang menyatakan baja, besi dan gajah sebagai benda yang paling berat tanggungannya di dunia. Imam ghazali berkata: semua jawapan kamu hampir benar; tetapi yang paling berat sebenarnya adalah pemegang amanah. Gunung –ganang dan malaikat, bahkan langit dan bumi tidak sanggup memikul amanah tersebut ketika Allah menawarkan kepada mereka. Mereka sedar betapa beratnya amanat apabila menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup memegang amanah tersebut, tanpa khuatir akan mengkhianatinya. Sehinggakan ramai manusia yang terjerumus kedalam api neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.
Firman Allah : “ sesungguhnyakami telah mengemukakan amanat kepada langi, bumi dan gunung-ganag, maka semuanya enggang untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatiya, dan dipikullah amanat itu noleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat bodoh.” (al Ahzab:72)
Kesediaan memegang amanat itu melayakkan manusia dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi. Sekaligus dengan itu mereka diberi beberapa kemuliaan melebihi makluk yang lain. Sebagaimana firman Allah : “ Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-aank adam, kami angkut mereka di daratan dan lautan, kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makluk yang kami ciptakan .”(al-israa’: 70)
 Amanat tersebut adalah tugas yang perlu ditanggung oleh manusia dalam hidup didunia dan perlu dijawab diakhirat nanti. Tanggungjawab tersebut mencakupi  seluruh bidang kehidupan manusia sama ada yang berhubung dengan Allah mahupun hubungan sesama manusia. Dalam perkahwinan dan hidup berkeluarga, Allah pikulkan amanat tersebut kepada orang lelaki selaku suami, bapa atau ketua rumah tangga.






Allah telah berfirman: “ kaum lelaki  itu adalah pemimping kaum wanita (isteri).” (an-Nisaa’:34)
Sebagai ketua keluarga, Allah berfirman : “ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (at-Tahrim : 6)
Rasulullah SAW telah menjelaskan tanggungjawab seorang pemimpin sebagaimana sabdanya: “ ketahuilah ! setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Orang yang mengetuai orang ramai adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Isteri adalah pemimpin kepada rumah tangga suaminya dan dia bertanggungjawab taerhadapnya.”
Seorang lelaki wajib berperanan sebagai pemimpin yang dilantik oleh Allah untuk menyelamatkan diri dan anak isterinya di dunia hingga ke akhirat. Tanggungjawab tersebut tidsak boleh dipandang ringan oleh suami, bapa dan ketua keluarga. Sikap tidak bertanggungjawab akan mengundang bencana kepada diri dan keluarga.
Menurut Imam Ghazali, peranan suami dalam perkahwinan adalah suatu perjuangan. Beliau berkata : perkahwinan itu bermakna jihad dan latihan jihad itu aialah mengawal dan mentadbir, menunaikan hak-hak keluarga, bersabar terhadap telatah budi pekerti wanita, berjuang mencari rezeki yang halal untuk mereka dan berusaha mendidik anak-anak. Tugas-tugas tersebut merupakan satu tanggungjawab yang besar.
Terdapat hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat mengenai siapakah yang dikatakan muflis ?  oleh karana jawapan para sahabat kurang tepat maka Rasulullah langsung memberi jawapan paling tepat. Menurut baginda orang muflis sebenar ialah hamba Allah yang datang menghadapnya pada hari akhirat kelak dengan amal kebaikan yang banyak , tetapi akhirnya seluruh pahalanya habis digunakan untuk menebus kesalahan sesame manusia. Malah apabila sudah tidak ada lagi pahala untuk menebus maka dosa orang yang dianianya akan dipindahkan kepadanya. Akhir sekali kerana muflisnya itu, hamba Allah itu akan dihumbang kedalam neraka.

Alim ulama telah menyimpulkan bahawa antara orang yang akan menuntut pahala hamba Allah tersebu adalah anak isterinya sendiri.selama hidup berkeluarga di dunia, amanah Allah terhadap mereka telah dikhianati oleh suami atau bapa. Demikianlah  gambaran besarnya tanggungjawab seorang suami atau bapa.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *