Saturday, March 11, 2017

IBU BAPA SEBAGAI TUNJANG DALAM MEMBENTUK PESONALITI ANAK-ANAK

Nur Syafiqah binti Ismail
No. Siri : 026
No. Matrik : 14021271

Institusi kekeluargaan sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman, sejajar dengan itu ibu bapa perlu peka dengan perkembangan semasa supaya mereka dapat mendidik anak-anak mereka sesuai dengan faktor persekitaran dan situasi semasa. Antara peranan ibu bapa ialah menjadi agen utama dalam proses sosialis anak-anak, proses perkembangan dan pembesaran mereka serta pembangunan potensi setiap ahli keluarga. Ibu bapa sebagai pencorak pekembangan anak-anak untuk mejamin kesejahteraan rakyat.

Antara faktor yang mempengaruhi perwatakan individu ialah latar belakang keluarga itu sendiri termasuklah taraf hidup dan sosioekonomi . ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam  membentuk suasana dalam kehidupan kekeluargaan supaya sesebuah keluarga dapat hidup dengan mesra dan harmoni, dengan itu kita dapat melahirkan personaliti yang positif, ceria dan sihat. Manakala bagi keluarga yang hidup dengan bermasalah akan menjajaskan personaliti dan jiwa anak-anak. Anak –anak akan berasa tertekan dan tidak disayangi. Dengan itu mereka dengan mudah akan terjabak dengan gejala-gejala yang tidak sihat untuk mencari kepuasan dan keseronokan dalam hidup mereka.

Sosioekonomi yang kukuh juga menjadi salah satu peranan penting dalam perbentukan pesonaliti anak-anak. Keluarga yang mempunyai taraf hidup yang tinggi dapat memenuhi segala keperluan anak-anak dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih sempurna. Walau bagaimanapun bagi keluarga yang kurang berkemampuan juga dapat membina keluarga yang bahagia dengan mendidik anak-anak mereka supaya hidup secara besederhana dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.

dalam kehidupan seharian ibu bapa perlu menerapkan ajaran islam yang telah terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran dan contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Keluarga yang mempunyai taraf hidup yang tinggi juga tidak dapat memberi kebahagian kepada –anak jika ilmu ajaran agama tidak diterapkan dalam diri anak-anak dengan betul. Anak –anak akan lalai dengan kemewahan hidup  dan kebebasan dalam hidup mereka, dengan itu mereka akan  mengabailkan nilai-nilai murni dan ajaran agama. Ibu bapa yang tidak dapat membina personaliti keluarga mengikut kehendak yang telah ditetapkan oleh syarak merupakan suatu kegagalan dalam pembinaan individu muslim.

Untuk membentuk personaliti anak-anak ibu bapa perlu mula memdidik anak-anak mereka semenjak mereka masih kecil lagi , supaya mereka sudah terbiasa dengan kehidupan dan ajaran agama yang telah diajarkan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu menyediakan aktiviti yang sihat dan memberi perhatian  kepada  anak-anak  supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya –budaya yang tidak sihat yang terdapat didalam masyarakat.


Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak dengan  menetapkan peraturan  dan batasan supaya mereka dapat dibentuk dengan baik. Untuk membentuk akhlak yang baik dalam diri anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik supaya anak-anak akan terkesan dengan tingkah laku ibu bapa mereka. Ibu bapa juga perlu berusaha meluangkan masa bersama anak-anak  untuk berbual, berkongsi cerita, dan melakukan aktiviti bersama dengan itu dapat mewujudkan kemesraan dan Kasih sayang. Ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak untuk membina keterbukaan, bekongsi pandangan masalah dan perasaan masing-masing. Yang paling penting dalam membina personaliti anak-anak ialah, ibu bapa perlu mengisi jiwa anak mereka dengan penghayatan agama supaya anak-anak akan taat pada kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berdoalah selalu untuk kebaikan anak-anak dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *