Sunday, March 12, 2017

MUSLIM AGENT PENGUBAH

NAMA : SITI MARIAM BINTI MUHAMED
NO SIRI : 083
NO MATRIK : 14021156

Tugas ini dimulakan dengan agenda besar dakwah iaitu memperbetulkan akidah para sahabat, diikuti dengan pembangunan akhlak yang berdasarkan akidah tauhid dalam diri individu-individu di sekeliling baginda. Ini dapat dilihat menerusi pengajaran terhadap isi kandungan al-Quran itu sendiri.
  Atas dasar itu keluarga-keluarga Islam perlu dibangunkan. Daripada keluarga-keluarga islam ini, terbentuklah masyarakat berjiwa islam. Perkara ini merupakan tuntutan dakwah yang amat penting 

dalam melakukan pembaikan kearah melahirkan muslim dan muslimah yang bertakwa.
  Bertitik tolak daripada iman dan akhlak yang teguh inilah yang akan meletakkan umat islam menjadi guru peradaban kepada seluruh umat manusia atau yang sering diistilahkan dengan 
ustaziyyah al'alam.
  Atas dasar ini, maka umat islam tidak boleh berdiam diri sambil menunggu tanpa melakukan sebarang peranan untuk menjadi agent pengubah terhadap masyarakat sekeliling.
  Perubahan pada hakikatnya merupakan sunnatullah. Perubahan akan terus berlaku. Jika perubahan yang berlaku tidak berorientasikan kebaikan, ia pasti mengarah kepada keburukan. Jika bukan orang baik-baik yang mempengaruhi, maka pasti orang jahat yang akan mengambil alih. Jika masyarakat tidak dicorakkan oleh orang yang soleh, maka akan terjadilah kerosakan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
  Seorang agent pengubah perlu mengorbankan sebahagian daripada waktu, tenaga dan harta untuk kebaikan islam, umat islam dan manusia secara umumnya. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 120 maksudnya; '' Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang arab yang tinggal di sekitar mereka tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut juga bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai Rasul.
  Hal ini kerana mereka tidak ditimpa dahaga , kesusahan dan kelaparan pada jalan Allah. Mereka juga tidak memijak suatu tempat yang membangkitkan rasa marah orang kafir dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskan kepada mereka suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik. Tidak ada yang sia-sia di sisi Allah s.w.t  walau sekecil mana pun sumbangan yang dilakukan. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *