NAMA : SITI MARIAM BINTI MUHAMED
NO SIRI : 083
NO MATRIK : 14021156
Membinasakan tidak sepayah
membina, namun kesan
daripada perbuatan membinasakan
lebih perit dan
payah untuk ditanggung.
Kenapa perlu dicalarkan
kesucian fitrah seseorang
manusia yang suka
kepada perkara kebaikan
dengan perbuatan yang
membinasakan? Diri yang tertanam
sifat iri dengan
kesenangan orang lain
akan berusaha untuk membinasakan nikmat
yang Allah kurniakan
kepada orang lain
tanpa pernah menyedari
bahawa Allah maha pemberi
rezeki kepada hamba-hamba-Nya.
Sebab pulut santan
binasa, sebab mulut
badan binasa. Pepatah melayu
ini cukup cantik jika diambil
pengajaran dalam menjaga
anggota badan. Benar ,
segala tindakan manusia
itu dikawal oleh
hati, namun yang menggerakkan tindakan tersebut
ialah anggota badan.
Mulut yang tidak
menjaga keaiban dan
rahsia akan membinasakan
mangsa dan boleh
jadi terhadap diri sendiri. Begitu juga
kuasa tangan yang
disalahgunakan untuk membinasakan
sesuatu. Hatta kaki yang
terletak di tempat
paling bawah juga
mampu membinasakan sesuatu.
Ingat, nikmat itu untuk dinikmati dan
dimanfaatkan.
Nikmat tidak
boleh beringinan dengan
perkara jahat atau
buruk . Hanya diri yang
berpegang teguh dengan
ketaatan kepada Allah
akan berfikir secara
waras untuk menimbang-nimbang sama
ada memilih perbuatan
yang membina atau
membinasa.
No comments:
Post a Comment