NAMA : SITI MARIAM BINTI MUHAMED
NO SIRI : 083
NO MATRIK : 14021156
Ia laksana membina sebuah rumah idaman. Rumah idaman itu
tidak semestinya besar dan mahal, tetapi rumah idaman yang dibina dengan
berhati-hati dan teliti menggunakan bahan binaan yang baik dan tulen pasti
menjadi sebuah rumah idaman buat seseorang.
Menilai idaman bukan pada nilai harga atau fizikal, namun binaan
itu diterjemahkan dalam sesuatu yang bersifat abstrak pada rumah tersebut iaitu
keselesaan dan kebahagiaan yang ada dalam rumah idaman.
Jaringan ukhuwah jangan dihadkan kepada sesuatu golongan atau
sebahagian manusia sahaja, tetapi bina silaturahim dengan sesiapa sahaja yang
ditemui. Bukankah Allah s.w.t menjadikan
pelbagai bangsa dan kaum dalam kalangan manusia ini untuk kita membina hubungan
baik sesame manusia? Teguhkan jaringan ukhuwah antara manusia agar dapat
membina sebuah ikatan yang padu, tanda hidup ini saling memerlukan.
Membina juga bukan hanya berkehendak dan bermatlamatkan kepada
sesuatu yang baru, tetapi sesuatu yang lama dan hancur perlu dibina semula.
Jangan dipersalahkan kepada mana-mana pihak andai perpaduan hancur dalam
sesebuah masyarakat.
Usaha
mencari kesalahan sesiapa dalam pergolakan rumah tangga dan nafikan
tuding-menuding jari dalam kesilapan yang berlaku antara dua pihak. Justeru,
bina semula perpaduan, kebahagiaan dan persahabatan yang telah hancur itu.
No comments:
Post a Comment