NAMA : NORAINI BINTI OTHMAN
NO SIRI : 022
Di Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang
kepada kaum wanita bagi melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut
wanita di universiti. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah
memperkenalkan Sukan Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk
memupuk semangat motivasi dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti
sukan. Penubuhan Sukan Wanita Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah
kekurangan penglibatan wanita dalam aktiviti kesukanan.
Terdapat pelbagai jenis aktivti sukan yang boleh diceburi
oleh golongan wanita seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga
badminton. Aktiviti- aktiviti sukan tersebut menberi banyak manfaat kepada
setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya kesihatan fizikal dan
juga mental.
Antara faktor- faktor penglibatan siswi di dalam sukan
wanita ialah penglibatan siswi di dalam sukan wanita adalah disebabkan oleh
faktor minat dan sikap ingin mencuba sesuatu sukan baru.
Seterusnya,penglibatan siswi di dalam sukan wanita juga
disebabkan oleh faktor menonjolkan bakat dan potensi. Tambahan, mereka ini
mempunyai cita- cita yang tinggi bagi meningkatkan prestasi ke peringkat yang
lebih tinggi. Selain itu, penglibatan ini juga secara tidak langsung mampu
menggilap bakat dan potensi yang ada bagi meningkatkan lagi pencapaian diri
individu dalam sukan yang diceburinya. Elemen ini juga penting dalam melahirkan
atlet wanita yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan penyertaan wanita
dalam sukan.
Selain itu, penyertaan individu dalam sukan boleh
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik.
Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang sukan, kita dapat
mengetahui dan menggunakan ilmu sukan dari segi teknik, kemahiran pergerakan
dan juga taktik. Selain itu, pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan
juga mampu membantu kita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kerana semasa pertandingan kita akan melihat taktik, teknik dan kemahiran yang
ada pada pihak lawan.
Faktor penglibatan siswi dalam sukan wanita adalah
disebabkan mereka ingin mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.
Bersukan merupakan satu aktiviti yang boleh mengisi masa lapang mereka bersama-
sama dengan rakan- rakan. Bagi wanita, mengisi masa lapang dengan sukan dapat
membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara sihat. Manakala,
penglibatan wanita dalam sukan adalah kerana ingin mengekalkan kesihatan badan
dan juga kecantikan tubuh badan.
Dengan bersukan juga, badan akan sihat dan melahirkan
minda yang aktif, menghilangkan rasa malas, dan juga menghindarkan sebarang
pesakit dalam badan serta membawa kepada kecemerlangan bagi seseorang pelajar.
Antara faedah- faedah melibatkan diri dalam
sukan ialah bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di
negara kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan sangat berfaedah kepada
pelajar. Mahasiswi yang melibatkan diri dalam sukan akan mendapat manfaat iaitu
sukan dapat meningkatkan disiplin diri seseorang individu. Individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal
diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain
dalam sesebuah pasukan perlu mematuhi arahan, menepati masa, dan sentiasa
berlatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin
pelajar tersebut bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam pelajaran.
Seterusnya, seseorang pelajar yang menyertai sukan juga
dapat memperolehi faedah dari segi pengurusan masa yang baik. Pelajar yang aktif
dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan teratur. Hal
ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai
untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar.
Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai pasukan universiti perlu
mempunyai jadual latihan sukan dan jadual belajar yang seimbang. Oleh itu,
seseorang pelajar yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang
berfikiran positif. Menurut Yahaya Buntat & Norervina Jailani (2005),
mengatakan bahawa melalui kegiatan dan aktiviti bersukan sikap dan sifat sosial
yang positif seseorang pelajar dan individu boleh di lihat melalui latih tubi
dan permainan.
Sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan
perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama individu
akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk saling bekerjasama
melaksanakan aktiviti tersebut.
Maka, perpaduan antara kaum boleh dicapai menerusi
penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam aktiviti sukan,. Tambahan pula,
kita akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa
mahupun agama. Contohnya, ketika kita menyertai aktivti sukan di pusat sukan,
kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini
akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Langkah menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan ialah
penglibatan wanita dalam sukan dilihat kurang menyerlah. Oleh itu, bagi
menggalakkan penyertaan golongan wanita dalam sukan. Terdapat beberapa
inisiatif yang boleh digunakan bagi menarik wanita untuk menyertai sukan.
Langkah- langkah untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan ialah Dasar
kerajaan iaitu dasar 1Murid 1Sukan. Oleh itu, penglibatan awal kanak- kanak
khususnya wanita, dalam bidang sukan amat di digalakkan supaya mereka
mengetahui jenis- jenis sukan yang ada dan memilih sukan yang mereka gemari.
Dasar ini juga dapat membantu untuk menerapkan semangat kesukanan di kalangan
mereka bagi menunjukkan bakat dan potensi masing- masing.
Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dengan
menghantar anak- anak mereka ke tempat latihan ataupun menemani mereka semasa
sedang menjalankan latihan di padang. Peralatan sukan yang lengkap dan sesuai
dapat memberi semangat dan mengembangkan minat mereka untuk menyertai bidang
sukan tersebut.
Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menggalakan penglibatan wanita dalam sukan adalah dengan mengadakan kempen. Kempen mengenai kepentingan sukan dan faedah sukan boleh didedahkan khususnya kepada golongan wanita bagi menyedarkan mereka bahawa sukan mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan dan juga mental.
No comments:
Post a Comment