Nama : NURUL FATIHAH BINTI ROZALI
No siri : 01
Semua
benda selain daripada Allah, sama ada benda itu dapat dilihat ataupun
tidak,adalah alam. Alam adalah makhluk, iaitu yang dijadikan. Allah pula ialah
khaliq (yang menjadikan). Alam yang terbentang luas di hadapan kita cukup unik
kejadiannya. Alam diciptakan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Diri manusia itu
sendiri ialah sebahagian daripada alam. Benda-benda lain yang dapat dilihat dan
dipegang semuannya alam yang dicipta untuk menyempurnakan keperluan manusia.
Allah menjadikan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang yang dapat dimakan oleh
manusia. Malahan, Allah telah menyediakan makanan untuk manusia sejak ia
dilahirkan lagi, iaitu susu ibunya.
Dengan
bahan-bahan yang diciptakan Allah dan akal yang dikurniakanNya, manusia mampu
berfikir dan mereka cipta pakaian, tempat tinggal, kenderaan, dan lain-lain
dengan pelbagai jenis bentuk dan rupa. Dengan demikian, manusia patut bersyukur
kepada Allah yang telah menganugerahkan pelbagai kemudahan untuk manusia.
Allah
memberikan peraturan melalui rasul-rasulNya supaya manusia hidup aman dan
mengambil faedah daripada alam ini. Peraturan ini menyedarkan manusia betapa
pentingnya nikmat yang dikurniakan Allah itu untuk kehidupan di alam ini. Oleh
itu, manusia mesti bersyukur kepada Allah dengan menggunakan sumber alam ini
sebaik-baiknya dan terus merealisasikan sikap mesra alam.
Sebagai
manusia, kita haruslah menunaikan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
Kita harus banyak mengingati nikmat Allah yang kita kecapiselama ini seperti
kesihatan, makan minum, harta benda dan ilmu. Bayangkan kalau kita tidak diberi
kesihatan, kekuatan tenaga dan kekuatan berfikir, apakah yang dapat kita
lakukan.
Kita
juga haruslah mengelak daripada bersifat sombong, takbur dan bongkak dengan
apa-apa yang ada pada kita kerana semua itu milik Allah. Allah memberikannya
kepada kita untuk sementara sahaja dan apabila sampai masanya ia akan di ambil
dengan kehendak sendiri.
No comments:
Post a Comment