Sunday, March 12, 2017

MENANGANI STRESS


NAMA : SITI MARIAM BINTI MUHAMED
NO SIRI : 083
NO MATRIK : 14021156

Dunia hari ini membangun dengan pesatnya. Menurut profesor Lowell Catlett dari Universiti New Mexico state, perubahan yang berlaku di amerika  dan kanada begitu cepat sekali sehingga untuk setiap 17 saat, satu teknologi baru dicipta dan memasuki pasaran. Ini bermakna, dalam masa seminit, tiga teknologi baru dicipta, lebih daripada 200 dalam masa sejam, dan lebih daripada 5000 dalam masa sehari semalam. Teknologi menuntut kita menghasilkan sesuatu dengan lebih cepat dan lebih 
berkualiti.
Ia juga melahirkan persaingan yang sengit dan menuntut supaya kita menjadi lebih produktif berbanding mereka yang lain. Ia juga bermakna, kemahiran yang kita miliki pada hari ini mungkin menjadi tidak relevan dalam jangka masa terdekat disebabkan oleh perubahan yang pesat ini.
Dr . Richard A. Swenson dalam bukunya living on the margin mengatakan, pada hari ini kita tidak hanya berdepan dengan waktu yang terhad, kita juga sedang berdepan  dengan tekanan dari sudut mental, fizikal, dan emosi. Apabila kita meninggal dunia, kita berjaya pelajari cara mengoperasi lebih kurang  20,000 peralatan, bermula daripada alat pembuka tin sehinggalah kepada komputer dan alat perakam kamkorder
  
STRESS   DAN  PUNCANYA
Puncanya ialah ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi kehidupan, selain itu, perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup. Manakala peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif. Di samping itu, tekanam yamg mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu. Akhir sekali, tindak balas luaran yang menggangu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.
  

Strategi menangani stress ialah munasabah diri iaitu lihat keupayaan diri, cari kekuatan diri, mengkaji bentuk kemahiran yang diperlukan, perancangan dan pengurusan masa, melakukan aktiviti kegiatan dan keseimbangan dalam hidup. Selain itu, pengurusan emosi yang stabil iaitu faham situasi, kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan, keupayaan mengawal emosi dan pelepasan emosi secara sihat. Di samping itu, kemahiran menyelesaikan masalah iaitu kenal pasti masalah dan berkomgsi masalah dengan orang yang dipercayai dan membuat tindakan segera. Selain itu, jaga kesihatan fizikal dan kurangkan beban kerja.  Selain itu, melakukan aktiviti atau hobi dengan membuat sesuatu yang menyibukkan diri, bercuti dan kerap bersama –sama keluarga di hujung minggu. Semoga perkongsian serba sedikit ini bermanfaat untuk para pembaca. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *