Saturday, March 11, 2017

Kenali Dadah dan Ancamannya

Nama: zanariah bt ibrahim
No.siri : 050
No. Matrik : 15021353

Apa itu dadah :
-          Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta timgkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
-          Dadah atau dru adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
-          Dadah ialah bahan kimia psikoaktif  yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
-          Mempunyai kesan paling ketara ke atas system saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
-          Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
-          Diperolehi secara haram.
-          Mengakibatkan penggantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahap terhadap dadah.
Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Tanda dan kesan pengihan dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, dsiplin dan hasil kerja.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca atau mata yang redup dan kuyu.
Parurt dan bekas suntikan dilengan dan dihujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil,tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengambil dadah.Tanda-tanda pengguna dadah heroin:
Mengantuk
Cemas
Gejala mata hitam mengecil
Euphoria/kesugulan
Hilang selera makan
Pertuturan tidak jelas
Sembelit
Mudah marah dan resah
Peluh berlebihan
Tegang perut
Tidak boleh tidur


Antara faktor lain yang dapat dikenalpasti dan turut menyumbang kepada gejala penagihan dadah ini ialah kerana pengaruh daripada rakan sebaya. Faktor ini merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan kadar penagihan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia. Hal ini terjadi kemungkinan kerana, seseorang remaja lebih rapat dengan rakan-rakan mereka kerana banyak waktu mereka dihabiskan bersama rakan berbanding dengan keluarga. Berhubung dengan pengaruh rakan sebaya ini,semestinya ada acara cabar mencabar diantara mereka bagi menunjukkan potesi diri masing-masing. Desakan daripada rakan untuk mencuba dadah akhirnya menyebabkan rasa ketagihan yang berpanjangan. Ramai diantara remaja yang terjebak dengan aktiviti penagihan dadah disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya mereka.

Disamping pengaruh daripada rakan sebaya,gejala penagihan dadah turut disumbangkan oleh faktor tekanan perasaan. Tekanan perasaan yang melampau boeh menyebabkan ramai yang mengambil inisiatif mencuba dadah bagi menenangkan fikiran mereka. Pada mulanya,dadah yang diambil hanya sekadar untuk merangsang fikiran untuk ketenangan, namun menjadi ketagihan akibat kekerapan pengambilan dadah. Sesetengah dadah yang diambil oleh seseorang boleh mengakibatkan rangsangan untuk suatu jangka masa yang panjang.Hal ini akan mengakibatkan pengguna ketagihan lama. Ketagihan di peringkat yang serius boleh menyumbang kepada kerosakan jiwa indivudu tersebut. Persekitaran, tempat kerja, tempat kerja, dan keadaan sekeliling adalah merupakan antara pengaruh terhadap berlakunya masalah tekanan perasaan ini dan seterusnya menyumbang kepada gejala penagihan dadah yang semakin berleluasa kini.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *