Ditulis Oleh :
Siti Khairizan Farhana Binti Mohammad Jafni
No Siri : 091 |
No Matrik : 14021249
Pada masa ini, telefon pintar dianggap sebagai satu
trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau
kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah
mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun,
adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada
masyarakat terutamanya golongan remaja ?
Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini
boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. boleh menghubungi sesiapa sahaja melalui talian telefon bimbit.
Mereka juga boleh menggunakan system pesanan ringkas (SMS) dan sistem pesanan
multimedia (MMS). Hal ini membolehkan pesanan disampaikan dengan mudah dan
cepat. Di samping itu, hal ini dapat merapatkan hubungan antara manusia kerana
seseorang dapat menghubungi sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli
keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar
berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga
dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon
pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran.
Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak
dapat berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang
di sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan
mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah
mesra.
Selain itu, penggunaan telefon pintar juga dapat membantu seseorang
mendapatkan informasi terkini. Telefon
pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada
masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat
kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru
masing-masing. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini,
golongan remaja boleh melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di
mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang
diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah.
Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat
hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat
mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara
memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai
pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan
ini amat disukai oleh golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka atau
selepas menyiapkan tugasan mereka.
Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan
kepada penggunanya, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku
penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet
telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan memberi peluang kepada
remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya
aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau
implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula penggunaan
telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran wang kerana
terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang
sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam
gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya
golongan remaja terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan
remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka
kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih
memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook,
Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih
berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam
kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang
menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau
alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika
tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan
fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan tonggak
negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu
perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera
Mantap
ReplyDeleteX ada kha untuk masyarakat???
ReplyDeletesye pun cri untuk msyarakt. smpai sakit hati.
Deletevery good thanks for the essay
ReplyDelete哈哈😄your essay is very good thanks
ReplyDeleteMacam rubbish
ReplyDeletekalu macam rubbish tak payah baca
Deletesimple tapi ayt cantik... Mantap
ReplyDeletetq for the essay
ReplyDeleteYour essay help me a lot
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteGood essay well done
ReplyDeleteThis essay save my life😂
ReplyDeletesuper
ReplyDeleteAyat yang cantik 👍👍
ReplyDeleteThis essay is good.boleh dijadikan rujukan kepada Anak di luar sana
ReplyDelete