Saturday, March 11, 2017

Iman Konsep Tawakal


Penulis : Zairin Hafiza Kamarudin
No.Siri 057 | No.Metrik 14021247

Apakah konsep tawakal yang dianjurkan oleh Islam?
          Ini kerana ada yang beranggapan bahawa seseorang yang menyerahkan segala urusannya kepada Allah semata-mata tanpa menitikberatkan usaha adalah termasuk dalam kalangan orang yang bertawakal.
          Setiap orang Islam wajib bertawakal kepada Allah dalam menjalani kehidupan seharian dan meyakini bahawa tawakal merupakan sebahagian daripada akidah Islam. Allah berfirman,
     “Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang ) jika benar kamu orang-orang yang beriman” (al-Maidah:23)
          Setiap Muslim yang bertawakal, tunduk dan merendahkan diri kepada Allah memahami tawakal itu bukanlah seperti yang difahami oleh orang yang jahil mahupun musuh-musuh Islam.Tawakal bukan sekadar ungkapan di bibir semata-mata, tidak berusaha atau pasrah hidup dalam kehinaan di sebalik nama tawakal.
          Hakikat tawakal yang sebenar merupakan ketaatan kepada Allah menerusi usaha dan ikhtiar dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan.Oleh kerana itu, seseorang tidak akan menjadi gopoh atau terlalu mengharapkan kejayaan datang bergolek tanpa sebarang usaha.
          Usaha mestilah disertai dengan hati yang tenang, jiwa yang tenteram dan keyakinan yang teguh bahawa apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Orang Islam yang beriman dengan sunnatullah (ketentuan-ketentuan) Allah di alam semester ini pasti akan berusaha menyempurnakan pekerjaan yang dilakukan untukmencapai matlamatnya.
           Namun, sekiranya kita hanya bergantung kepada asbab  (punca) atau ikhtiar semata-mata dan yakin ia sahaja yang dapat mencapai apa yang dicari adalah sesuatu perkara yang dilarang. Manakala tidak melakukan asbab serta mengabaikannya dalam keadaan ia mampu dilakukan merupakan tindakan maksiat dan derhaka kepada Allah.
          Dalam konteks asbab ini, kita boleh lihat contoh dan bimbangan daripada Rasulullah s.a.w. Baginda dahulu menghadapi banyak peperangan yang memerlukan bekalan bekalan, mencari faktor-faktor kemenangan seperti memilih lokasi dan waktu yang tepat untuk melancarkan serangan.
           Terdapat riwayat menyebut bahawa Baginda selepas merancang strategi dan mengatur barisan tentera tidak akan melancarkan serangan ketika hari panas terik sehingga cuaca berubah menjadi mendung. Apabila selesai menyelesaikan asbab yang dituntut  untuk meraih kemenangan, Baginda pun mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu berdoa :

       “Ya Allah yang menurunkan kitab, menggerakkan awan dan membinasakan pasukan-pasukan al-Ahzab. Hancurkan mereka dan berilah kemenangan kepada kami terhadap mereka.” (Riwayat al-Bukakhri)

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *