Saturday, March 11, 2017

Kuantiti Dan Kualiti Terbalik Arah


Penulis : Zairin Hafiza Kamarudin
No.Siri 057 | No.Metrik 14021247
 
          Cerita tentang kuantiti dan kualiti, bukanlah cerita baru. Tetapi saya masih suka bercerita mengenainya kerana ceritanya tetap sahaja berlegar dan belum berkesudahan. Biarpun banyak kali kita mendengar yang kualiti jauh lebih  penting daripada kuantiti namun masih ramai yang masih memilih kuantiti untuk dijadikan  kayu ukuran. Ini kerana majoriti daripada  kita  merupakan mereka yang mudah teruja dengan apa yang didengar.

          Apabila kita melihat  sesuatu itu dengan kuantiti yang banyak maka kita secara mudahnya memproses satu persepsi yang cenderung sama dengan kualitinya. Walaupun hakikatnya apa yang dilihat itu adalah belum tentu kualitinya tinggi. Konsep inilah yang digunakan dalam iklan. Semakin banyak kita mengiklankan produk kita, semakin ramai yang percaya dengan apa yang diceritakan dalam iklan tersebut.

          Namun pada saya, yang penting bukanlah kuantiti…tetapi kualiti. Justeru itu saya lebih gemar menilai dan menyelidik sesuatu produk itu sebelum membelinya. Kuantiti tidak semestinya berkualiti. Paling mudah, perhatikan sahaja pada tidur kita. Masa tidur yang panjang tidak menentukan kualiti tidur seseorang. Ada yang mampu tidur hingga  dua belas jam tetapi masih merasakan keletihan kerana tidurnya bukanlah tidur yang berkualiti. Ada pula yang hanya tidur selama dua jam tetapi tetap cergas pada keesokan harinya kerana tidurnya walaupun singkat, amat berkualiti.


          Pemahaman ini sebenarnya boleh diguna pakai dalam semua hal kehidupan kita. Misalnya, biar pun sebuah syarikat itu yang mempunyai ramai pekerja tetapi jika para pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan maka prodaktiviti syarikat akan merudum juga akhirnya. Tetapi jika sesebuah syarikat itu yang mempunyai pekerja yang tidak ramai namun kesemua mereka mempunyai kemahiran tinggi maka prestasi syarikat akan sentiasa mempunyai daya bersaing yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *