Penulis : Zairin Hafiza Kamarudin
No.Siri 057 | No.Metrik 14021247
Setelah diangkat
menjadi Nabi dan Rasul, Baginda Rasulullah s.a.w bertukus-lumus menjalankan
usaha dakwah kepada tauhid. Dakwah itu menuntut kepada kesungguhan dan
keikhlasan serta pengorbanan dan penderitaan. Ia diteruskan di Mekah sehingga
13 tahun lamanya, satu tempoh yang lama berhadapan dengan pelbagai ujian dan
cabaran.
Suatu ketika ,
Baginda Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat negeri yang terletak di kawasan
yang dipenuhi pohon kurma. Itulah bumi Yathrib yang telah dipilih oleh Allah
sebagai “Darul Hijrah” bagi kaum muslimin. Maka berangkatlah kaum Muslimin dari
Mekah, dan sebahagian yang berada di bumi Habsyah menuju ke Yathrib. Mereka
berhijrah bersama agama dan tauhid , meninggalkan tanah tempat tumpah darah dan
harta-benda mereka.
Benarlah
perancangan Allah itu mengatasi segalanya. Hari ini kita sibuk bercakap tentang
soal perancangan, hala tuju, sasaran dan sebagainya, namun segala perancangan
yang kita fikirkan itu, mustahil berlaku melainkan dengan izin Tuhan.
Allah berfirman
dalam Surah Al-Anfal ayat 30 yang bermaksud :
“Dan ingatlah (wahai
Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya
terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka
menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang
menggagalkan tipu daya”
Bertitik tolak
daripada perintah hijrah ini, maka bermulalah episod baru dalam perjuangan
Baginda Rasulullah s.a.w dan kaum
Muslimin. Allah memilih bumi Madinah sebagai pusat penyebaran dan kekuatan Islam.
No comments:
Post a Comment