Saturday, March 11, 2017

Bolehkah Denda Wang Kerana Lewat Bayar Hutang

Penulis : Zairin Hafiza Kamarudin
No.Siri 057 | No.Metrik 14021247

           Dari segi bahasa gharamah bermaksud sesuatu yang wajib dibuat atau dibayar. Manakala dari segi istilah pula pelbagai  definisi diberikan. Antaranya Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mendefinasikan gharamah sebagai penalty ataupun denda yang dikenakan kerana kelewatan melunaskan hutang, tanpa perlu pembuktian kewujudan kerugian sebenarnya.

           Ini bermaksud, gharamah tidak boleh diambil sebagai pendapatan oleh Institusi Kewangan Islam(IKI), malah perlu disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Syariah perbankan Islam masing-masing.

          Secara teknikalnya gharamah boleh dikenakan ke atas pelanggang yang lambat membayar pembiayaan atau hutang yang mana caj terbabit lebih banyak daripada kadar ta’widh (ganti rugi).

Haram Halal
          Walau bagaimanapun permasalahan ini sebenarnya menjadi perbincangan mendalam dalam kalangan para penasihat syariah institusi kewangan Islam antarabangsa tentang aplikasi gharamah kepada pelanggang. Sebahagian mereka berpendapat bahawa haram. Manakala sebahagian lain berpendapat sebaliknya.
“gharamah tidak boleh diambil sebagai pendapatan oleh Institusi Kewangan Islam(IKI), malah perlu disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Syariah perbankan Islam masing-masing”.             

                                                                                                      Dr.Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *