Nama
: NURUL FATIHAH BINTI ROZALI
No
siri : 01
Budaya
ialah satu bentuk peradaban bagi sesuatu masyarakat. Kebudayaan pula ialah cara
hidup yang merangkumi kelaziman bertindak, berkelakuan dan berfikir yang merangkumi
bidang-bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ilmu falsafah dan seni.
Menurut mahayudin hj. Yahaya (2000), perkataan kebudayaan adalah gabungan
daripada dua perkataan iaitu ‘budi’ dan ‘daya’. Budi letaknya di hati, manakala
daya terletak pada kelakuan, perbuatan atau tindakan. Dalam perspektif islam,
hati menjadi penentu segala nilai dan norma hidup. Ini termasuklah nilai dalam
akidah, perkataan atau percakapan dan perbuatan. Justeru, jika baik hatinya,
maka perkataan dan perbuatan seseorang itu dinilai baik oleh islam. Contohnya
nilai untuk menolong orang.
Apabila
berlaku kemalangan jalan raya, ramai orang menyerbu ke tempat tersebut.
Mengapakah hal ini berlaku? Setiap yang menyerbu itu ada budinya; budi itu pula
ada nilainya. Nilai itu melahirkan kelakuannya. Nilai di sisi Allah tidak sama.
Ada yang pergi kerana tanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa. Ada yang pergi
kerana hendak mengambil barang-barang perhiasan atau wang yang ada pada mangsa.
Ada yang pergi hendak melihat nombor kereta. Ada yang pergi untuk menarik
kereta. Semua ini tidak sama nilainya. Jika nilainya baik dihati maka perbuatan
dan kelakuannya dinilai baik. Sebaliknya, jika nilai di hatinya tidak baik,
maka perbuatan dan kelakuannya dinilai tidak baik. Inilah budi menurut
perspektif islam.
Apakah
pula maksud seni?
Seni
ialah sesuatu yang halus, elok, lembut, indah, senang di dengar atau dilihat. Ini
termasuklah seni tampak, seni lukis, seni tulis, seni suara dan sebagainya.
Jadi,
budaya dan kebudayaan islam bermaksud satu peradaban, cara hidup, dan kelaziman
bertindak serta berfikir yang berasaskan ajaran islam. Seni islam pula
bermaksud setiap yang halus, indah, lembut, dan seni yang mententeramkan jiwa,
sama ada suara, muzik, lukisan, ukiran dan sebagainya yang dicipta dan
dipersembahkan mengikut lunas-lunas islam.
Seni
pada asasnya tidak bertentengan dengan islam.yang menjadi isu utama sama ada
dibenarkan oleh islam atau tidak ialah cara perlaksanaannya, seperti bagaimana
seni itu dikendalikan dan dilaksanakan. Seni suara, misalnya, perlu dilihat di
mana dia menyanyi,bagaimana pakaiannya- menutup aurat atau tidak- adakah seni
katanya tidak elok, siapakah pula pendengarnya dan lain-lain. Jika cara
pelaksanaannya tidak bertentengan dengan prinsip islam, maka seni itu tidak dilarang.
No comments:
Post a Comment