Nama : NURUL FATIHAH BINTI ROZALI
No siri : 01
Tamadun Islam mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri. Tamadun Islam bersifat terbuka iaitu boleh
menerima Tamadun asing selagi Tamadun tersebut tidak bercanggah dengan dasar-dasar
Islam. Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Islam:
1. Berasaskan
kepada ajaran al-Quran
Segala bentuk Tamadun samada dari
segi kebendaan atau kerohanian tertakluk kepada ajaran al-Quran. Hal ini kerana
al-Quran merupakan sumber ajaran Islam yang utama dan perlembagaan hidup yang
syumul dalam menjamin kesejahteraan alam sejagat. Dengan ajaran Al-Quranlah
terbinanya kecemerlangan dan kegemilangan Tamadun Islam dalam beberapa abad
yang lampau.
2. Berteraskan
Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Islam amat menitik beratkan ilmu.
Ilmu merupakan tonggak kesempurnaan iman dan ketaqwaan. Ini jelas diperkatakan
oleh al-Quran maksudnya :-
“Sesungguhnya setakut-takut hamba
(manusia)kepada Allah ialah para ulamak”Fathir :28
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dalam membina
kemajuan agama dan Tamadun
sebagaimana sabdanya yang bermaksud :-
Sesiapa yang inginkan dunia
hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat
hendaklah dia berilmu dan sesiapa
yang inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia berilmu
Hasil dari gesaan inilah lahirnya
ilmuan-ilmuan Islam yang mahir dalam semua bidang dan sama-sama membangunkan
Tamadun yang murni berasaskan ketaqwaan kepada pencipta Alam (Allah).
3. Penggunaan
Tulisan
Kejahilan manusia dapat
dihapuskan melalui penulisan. Oleh itu al-Quran telah memberi perhatian
utama mengenai penulisan ini di
mana ayat yang pertama yang diturunkan adalah perintah supaya
manusia membaca dan menerangkan
juga bahawa Allah mengajar manusia melalui perantaraan pena. (Lihat Surah
al-‘Alaq:1)
4. Gabungan
antara Aspek rohani dan Jasmani
Keamanan dan kesejahteraan insan
itu berkait rapat dengan keperibadian yang tinggi dan pekerti yang mulia.
Kemajuan dan pembangunan serta kemewahan adalah bersifat kebendaan semata-mata.
Itu semua tidak bermakna sekiranya tidak disepadukan dengan pembangunan rohani
insan. Contoh terbaik adalah kegagalan dari kemajuan Barat pada hari ini bahkan
juga negara-negara Islam juga berpunca daripada Tamadun dan pembangunan manusia
yang hanya bersifat kebendaan semata-mata tanpa diikuti dengan pembangunan
rohani.
5. Masyarakat
Majmuk (Multy National)
Dalam Islam, sentimen perkauman
dan ras keturunan amatlah ditolak sama sekali. Semua bangsa yang memeluk Islam
dianggap sebagai masyarakat Islam dan mereka berperanan dalam membangunkan
Tamadun di wilayah yang mereka diami seperti Istana Al-Hambradi Sepanyol
dan Taj Mahal di Agra India. Begitu juga dengan aspek-aspek lain
terutamanya penulisan buku, penterjemahan dan lain-lain lagi yang akan kita
pelajari dalam bidang-bidangnya yang tertentu.
No comments:
Post a Comment