NAMA : SITI HARTINI BINTI HUSING
NO.MATRIK : 14021155
Matlamat utama ajaran islam ialah melahirkan insan yang berakhlak mulia. Hal ini dapat dilihat dengan begitu jelas daripada salah satu tujuan perutusan Nabi Muhammad SAW seperti yang ditegaskan melalui sabda baginda yang bermaksud “ Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” .
Akhlak adalah salah satu unsur penting dalam kehidupan manusia kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembinaan peadaban . Ajaran islam memberikan penekanan terhadap perkara ini kerana kekuatan menusia bergantung pada keluhuran akhlaknya .
Akhlak merupakan satu gambaran terhadap perilaku seseorang manusia . Ia mempengaruhi dalam membangunkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan Allah . Lantaran itu , menurut perspektif islam , penghayatan akhlak hendaklah berlaku secara bersepadu iaitu seiring dengan akhlak dan syariah .Gabungan tiga aspek utama ini , memperlihat keindahan ajaran islam yang mendapat membentuk kehidupan manusia dan alam sejagat yang harmonis.
Akhlak terbahagi kepada dua iaitu mahmudah dan akhlak mazmumah.
Akhlak mahmudah ialah segala sifat terpuji seperti bertakwa , bijaksana , tegas , cermat , sabar , jujur , amanah dan sebagainya . Manakala akhlak mazmumah ialah segala sifat keji yang perlu dijauhi seperti hasad dengki , khianat , curang , boros , bersangka buruk , marah , malas , takut , terburu – buru mungkir janji dan sebagainya .
Keharmonian hidup sesebuah keluarga terletak kepada nilai akhlak yang dimiliki oleh mereka . Akhlak yang baik akan membentuk kefahaman yang jelas tentang tujuan dan masa depan mereka . Islam melihat persoalan akhlak sebagai titik tolak kepada pembinaan masyarakat yang berjaya dan ia merupakan prasyarat ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman dan diredhai oleh Allah SWT .
No comments:
Post a Comment