NAMA : SITI HARTINI BINTI HUSING
NO.MATRIK : 14021155
Solat dari segi bahasa ialah doa , dari segi istilah solat ialah ibadah yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salammengikut rukun dengan syarat – syarat tertentu . Ia merupakan rukun islam yang kedua . Solat wajib yang difardhukan keatas umat islam ialah lima waktu sehari semalam . Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di hari akhirat sebagaimana sabdanya yang bermaksud “ sesungguhnya amalan pertama hamba yang akan dihisab pada hari kiamat kelak ialah solatnya . Sekiranya baik solatnya , maka ia akan mendapat kemenangan dan kejayaan dan sekiranya rosak solatnya , maka gagal dan rugilah ia ...” hadis riwayat al – Tirmizi .
Solat terbahagi kepada dua iaitu solat wajib dan solat sunat .Solat wajib iaitu solat lima waktu ( zohor , asar , maghrib , isyak dan subuh ) adalah fardhu ain , solat jenazah merupakan fardhu kifayah .Manakala solat sunat pula ialah seperti solat mengiringi solat fardhu ( qabliah dan ba’diah) witir , solat hajat , tahajud istikharah dan lain – lain .
Fungsi solat kepada individu ialah selain menghayati tuntutan islam , dengan dengan bersolat seseorang individu dapat mengawal dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan larangan – larangan Allah SWT . Serta juga dapat menghapuskan dosa , memberikan ketenangan jiwa serta mendatangkan rahmat Allah SWT kepada individu .
Dari segi jasmani , solat akan menjadikan badan sihat dan cergas hasil daripada gerak badan semasa solat . Orang yang menunaikan solat akan sentiasa mementingkan disiplin diri dan ketepatan masa dalam kehidupan sehariannya .
Antara kepentingan solat ialah , mendapat rahmat Allah SWT , membina kasih sayang , memperoleh ketenangan , menghindarkan diri dari melakukan maksiat , membina disiplin dan akhlak yang mulia serta menjadikan keluarga sihat dan bahagia .
Pelaksanaan ibadah mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia . Sebaliknya jika seseorang hamba itu mengabaikannya sudah tentu dia tidak akan memperoleh kebaikan – kebaikan tersebut . Malah ia akan menerima kesan – kesan yang tidak baik dalam kehidupannya . Antaranya ia boleh menjejaskan keimanan kepada Allah SWT , perhubungan sesama manusia , merendahkan nilai diri sendiri disisi Allah SWT dan masyarakat .
No comments:
Post a Comment