Tuesday, March 7, 2017

PERUNTUKKAN MASAMU BUAT KELUARGA.

NAMA: FARHATUN NAJAT BINTI MOHD NASIR.
NO MATRIK: 14021195.
NO SIRI: 079.

 “Minggu depan saya ada peperiksaan, saya tidak mahu diganggu kerana ingin mengulang kaji.” Wah, begitu sekali kenyataan yang diberikan kepada ahli keluarga apabila waktu peperiksaan menjelang tiba! Saat yang paling mencemaskan bagi para pelajar adalah waktu peperiksaan. Persediaan demi persediaan dilakukan agar soalan-soalan dapat dijawab dengan sempurna. Misi kali ini, lulus dengan cemerlang.

Sedarlah ibu bapa bukan mengganggu tetapi mengambil berat dan bersedia untuk mendoakan anak mereka. Jangan ganggu saya! Meminta orang lain supaya tidak mengganggu sebenarnya mementingkan diri sendiri. Bukanlah manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain?  Lebih-lebih lagi dalam hubungan kekeluargaan. Ayah dan ibu memerlukan anak dan begitu jua anak-anak berhendakkan kedua-dua orang tua mereka.

            Dilema antara anak dengan ibu bapa berlaku apabila kemahuan anak itu sendiri bertentangan dengan kehendak penjaganya. Anak biasanya mempunyai kemhuan yang dapat menyenangkan diri sendiri, manakala mereka mendapat yang terbaik menurut perancangan yang telah mereka tetapkan. Sedari kecil, apa yang perlu dilakukan setelah ibu bapa tentukan. Bermula daripada pakaian, makanan dan pendidikan semuanya menjadi tugas ibu bapa. Anak kecil tdi menginjak dewasa dan membesar taun demi tahun. Jiwa dan dirinya menjadi seorang yang ingin berdikari dalam setiap perkara. Lebih-lebih lagi seorang anak kini bergelar remaja.

            Permulaan tanggungjawab dalam diri seeorang menjadi lebih serius sebermula zaman remajanya. Ketika ini remaja tercari-cari siapa idola yang sesuai untuk dicontohi, bagaimana penampilan yang seharusnya ditunjukkan dan apa identiti yang menepati buat dirinya.
 Namun, terdapat satu lagi sudut yang perlu diberi perhatian. Itulah,persediaan memikul tanggungjawab pada masa hadapan. Tanggungjawab sebagai mahasisiwa universiti, pekerja terhadap majikan, suami dan isteri, dan sebagainya. Hakikatnya, tanggungjawab tanpa peirngkat adalah tanggungjawab seorang anak kepada ibu dan ayahnya; sering dan seiring.
Benar, dalam usia yang masih muda tiada wang bulanan dapat diberikan kepada ibu bapa. Sesungguhnya, bukan reality wang ringgit dan barang berharga itu yang didambakan oleh mereka. Zahirkan tanggungjawab tersebut dengan menghubungi mereka. Jika berada di asrama, perutukkan hanya beberapa minit untuk bertanya khabar dan keadaan mereka. Lebihan wang saku pemberian mereka pula boleh dibelanjakan untuk membeli makanan kegemarana mereka. Malah, jangan ditunda untuk mengkhabarkan apa-apa berita gembira kepada mereka.

Bersedialah untuk bertanggungjawab mulai sekarang kerana bebanan tanggungjawab dan tugasan akan bertambah dari semasa ke semasa. Moga-moga, suatu hari nanti remaja yang menginjak dewasa ini akan konsisten dalam melakukan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tersayang.
 Harapan ayah dan ibu. Pernahkah kita bertanya apa harapan ayah dan ibu letakkan kepada kita? Harapan untuk Berjaya dan menjadi orang berguna ini adalah suatu kepastian. Namun, ketahuilah bahawa mereka berada sangat damai dan bahagia apabila dapat duduk bersama-sama anaknya. Runsing bertukar gembira, sakit beransur pulih dan kekosongan mereka akan terisi. Tanya kepada diri,kukuhkah ikataan kekeluargaan kita?  

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *