Ditulis Oleh: Norfarhana bt mat naib/no siri:031
Konsep kekeluargaan merupakan satu intitusi
kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Menurut kamus
dewan keluarga ialah saudara dan kaum kerabat. Dalam pembentukan kekeluargaan
ibu bapa merupakan salah satu yang perlu memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik
anak-anak untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Pada zaman
sekarang, kita sering mendengar masalah-masalah yang berkaitan dengan anak yang
terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti vendalisme,gengsterisme dan
sebagainya,mengapa hal ini boleh terjadi dikalangan remaja sekarang?. Sebagai individu
yang bertangunggjawab mereka perlu mengambil berat dalam mendidik anak-anak mereka kerana mereka
merupakan insan yang akan memimpin negara dan akan menjadi saham untuk ibu bapa
diakhirat kelak sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis daripada
al-Bukhari yang berbunyi” apabila meninggal dunia seorang anak adam maka
terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoa kedua ibu bapanya”. Oleh itu,
ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak antaranya ibu bapa
perlu lebih meluangkan masa bersama anak-anak. Kita sering melihat kebanyakkan
ibu bapa lebih menghabiskan masa mereka dalam kesibukan berkerja sehingga tiada
masa untuk bersama anak-anak menyebabkan mereka merasa terpinggir sehingga
mereka mengambil tindakan di luar jangkaan. Hal ini perlu diambil perhatian
dikalangan ibu bapa bagi mengelak anak-anak terjerumus ke jalan yang boleh
merosakan mereka.
Selain itu,memberi didikan agama yang
secukupnya kepada anak-anak amat penting dalam membentuk dan mendidik mereka
untuk menjadi insan yang soleh dan
solehah, ibu bapa merupakan contoh yang paling utama dalam hal akhlak dan
penghayatan nilai islam.sekiranya ibu bapa itu menghayati ajaran dan amalan
islam di rumah, maka ini akan menarik anak-anak untuk mengikutinya dan begitu
lah sebaliknya, sebagaimana sabda rasulullah s.a.w : “Hendaklah kamu pastikan
anak-anak mu belajar agama dan hendaklah kau baguskan akhlaknya”. Ibu bapa
haruslah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi dalam memberi didikan agama
dengan akhlak yang baik supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada
agama,negara dan masyarakat. Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seorang
anak bermula daripada ibu bapa,sekiranya didikan itu dari didikan dengan cara
yang baik,maka elok lah segala tingkah laku mereka seperti mana sabda
rasulullah s.a.w : “semua anak yang dilahirkan
ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Maka, kesalahan ibu bapalah yang
menjadikan mereka Yahudi, nasrani,dan majusi”.
Oleh demikian, ibu bapa perlulah berperanan
dalam mendidik anak-anak mereka semasa mereka kecil lagi dan mendisiplikan diri
mereka daripada segala perkara yang dilakukannya bagi melahirkan seorang yang
bertanggungjawab dan berdedikasi. Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu
mendidik dengan cara yang dituntut oleh islam sebagaimana contoh teladan didikan
luqman al-hakim dalam mendidik anaknya yang mengutamakan pendidikan aqidah, di
mana itulah penyelamat anak-anaknya ketika sesuatu yang tidak dapat menolongnya selain
pertolongan Allah kerana Allah sangat sayang kepada hamba-hamba-Nya yang
bertaqwa. Jangalah kita mendidik mereka dengan memberi kesan kepada jiwa
mereka,ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan cara yang baik kerana dalam
mendidik atau mengajar seseorang perlu lah dengan cara tersebut,kerana akan membuat anak-anak merasa aman dan merasa
bahawa ibu bapa mengambil berat tentangnya.Seorang anak dia tidak akan
melibatkan diri mereka dalam gejala-gejala yang boleh merosakkan mereka melainkan
ibu bapa itu bijak dalam memainkan peranan mendidik anak-anak.
Selanjutnya, memperhatikan tingkah laku
anak-anak juga merupakan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Segala
tingkah laku anak-anak ibu bapa perlulah mengambil tahu dengan siapa mereka
berkawan,dimana mereka pergi,apa yang mereka buat ketika tiada bersama mereka
dan sebagainya, kerana peranan ini dapat mengelakkan anak-anak dari terjebat
dalam perkara yang membawa kerosakan akhlak dan moral meraka.
Kesimpulannya, untuk melahirkan anak-anak yang
soleh dan solehah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik
anak-anak,begitu juga di dalam suasana kekeluarga juga boleh mempengaruhi
pewatakan anak-anak.keluarga yang mesra dan harmoni akan melahirkan personaliti
yang positif,ceria dan sihat.manakala keluarga yang kuncar-kancir, kerapa
bergaduh dan berpecah belah menyebabkan suasana menjadi dingin dan kaku. Jika
keadaan begini wujud dalam keluarga,ia mempengaruhi perkembangan jiwa
anak-anak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete