Sunday, March 12, 2017

LANGKAH UNTUK MEMBASMI KEGIATAN VANDALISME DI KALANGAN REMAJA.

NAMA: AHMAD SALMAN ALFARISI BIN ZAHARI
NO.SIRI:105      
                                                                   
         Pada suatu malam yang disinari cahaya bulan yang terang di sebuah taman permainan di Taman Tengku Anis jalan Rantau Panjang,kelihatan beberapa orang pemuda sedang melakukan perkara sia-sia.Mereka menggunakan lastik untuk melastik batu-batu kecil kearah mentol-mentol lampu di jalan.Apabila mengenai sasaran,lampu tersebut akan pecah dan serpihan kaca jatuh ke bumi,lalu mereka pun ketawa sepuas-puasnya.Begitulah perbuatan golongan ini yang merosakan harta benda awam tanpa memikirkan padahnya terhadap diri sendiri dan orang lain.Oleh itu dikatakan vandalism semakin menjadi-jadi di Negara kita.Ini merupakan satu cara untuk meluahkan perasaan mereka.Baru-baru ini di sekitar jalan pusat Bandar Tanah Merah,berpuluh-puluh telefom awam dibakar sehingga hangus.Berikutan peristiwa itu,rakyat menghadapi pelbagai kesulitan,terutamanya pada waktu kecemasan.Dengan itu jelaslah bahawa masalah ini wajar diatasi dan kerjasama semua pihak perlu untuk menanganinya.

         Salah satu langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani vandalisme adalah dengan melaksanakan hukuman berbentuk kerja kemasyarakatan kepada remaja yang melakukan jenayah kecil seperti yang dinyataakn tadi.Tindakan ini boleh menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan yang telah dilakukan mereka.Kerja kemasyarakatan ini termasuk membersih taman permainan kanak-kanak dan membersihkan kawasan perumahan.Kerja berbentuk kemasyarakatan ini hendaklah diperluas sehingga ke peringkat sekolah supaya pelajar yang bersalah turut menjalani hukuman membuat kerja amal.Cara ini berkesan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran golongan berkenaan daripada terus melakukan kesilapan sekaligus membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna.

       Di samping itu,remaja juga perlu diberi satu tanggungjawab supaya mereka lebih berkeyakinan dan berdaya tahan dalam menangkis pengarus yang tidak baik.Hal ini kerana kesedaran dan peningkatan daya tahan dapat mengelakkan diri mereka daripada terus terpengaruh dengan budaya negetif ini.Mereka juga akan memahami tanggungjawab mereka.Sikap bertanggungjawab ini dapat diterapkan dalam sanubari para remaja melalui aktiviti sukan,kelab dan permainan.Tanggungjawab yang disandarkan pada bahu remaja bertujuan untuk menanam satu matlamat dalam hidup.Mereka perlu memastikan samada mereka hendak Berjaya dalam akedemik ataupun ataupun kemahiran sahaja.Jadi mereka akan sentiasa sibuk,dan mereka tidak akan terfikir untuk melakukan gejala yang tidak sihat termasuk vandalism.
       Salah satu ikhtiar untuk mmbasmi vandalism daripada bertapak di Negara ini dalah dengan memberikan bimbingan dan kauseling kepada belia yang bermasalah.Dengan menyediakan khidmat sebegini,pakar psikologi dan kaunselor yang berkelayakan akan memberikan nasihat kepada remaja supaya pemikira mereka terbuka kerah mencipta lonjakan kearah kecermerlangan.Perkara ini penting kerana  khidmat sebegini dapat meningkatkan  datya tahan dalan diri mereka dan mewujudkan kesedaran diri menerusi penerapan nilai-nilai murni.Apabila benteng kerohanian mereka kukuh,para remaja dapat menagkis segala pengaruh luar yang bersifat negetif.Lantas,mereka tentu kan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berfaedah termasuklah merosakan harta benda awam  iaitu vandalism.
       Dalam usaha  membanteras vandalism,kesedaran juga perlu diterapkan ke dalam diri ibu bapa kerana mereka merupakan orang penting dalam membentuk keperibadian anak-anak.Anak-anak boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih yang bebas diwarnakan oleh ibu bapa.Jika diwarnakan hitam maka hitamlah mereka.Kita tidak harus menyalahkan remaja sepenuhnya  apabila berlaku gejala social.Ibu bapa wajib memberi tunjuk ajar dan didikan agama kerah menggilap akal budi anak-anak mereka.Begitu juga dengan institusi keluarga.Ibu bapa yang baik dan berakhlak mulia akan melahirkan anak yang baik dan berakhlak mulia.

        Kesimpulan daripada perbincangan ini,saya memetik kata-kata bekas presiden Indonesia,Presiden Sukarno,iaitu berikan saya sepuluh oran remaja,nescaya saya akan mengemparkan dunia.Kenyataan ini menegaskan kepentingan belia dalam menerajuai Negara kearah merealisasikan aspirasi Negara.Namun belia yang mengambil alih tampuk pimpinan Negara mestilah golongan belia yang berbudi mulia,bermoral tinggi,dan berwibawa.Golongan belia ini mestilah bebas daripada kegiatan vandalism dan aktiviti yang tidak sihat.Dengan itu,rakyat akan hidup dalam keadaan harmonis dan sejahtera.Kemudahan awam juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *