Sunday, March 12, 2017

Keganasan dan warga asing


SEBAHAGIAN mayat rakyat Perancis yang terbunuhdirempuh trak dipandu pengganas dalam kejadian di Nice pada 14 Julai 2016.

KEMASUKAN warga asing ke sesebuah negara memang membawa kebaikan tertentu tetapi bukti juga menunjukkan ia turut menimbulkan ancaman keganasan. Dalam kes di Eropah, serangan di stesen Metro di Belgium pada 22 Mac 2016 yang membunuh 14 orang dilakukan oleh Osama Krayem, berasal dari Syria sebelum menjadi warganegara Sweden.

Kemudiannya pada 14 Julai 2016, serangan ‘Lone Wolf’ yang mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan lebih 200 orang awam di Nice, Perancis dilakukan oleh Mohamed Lahouaiej Bouhlel, warga Tunisia yang menetap di Perancis. Suspek lain yang membantunya terdiri dari warga Albania dan Eropah Timur serta terlibat dengan kegiatan penyeludupan senjata.

Empat hari selepas itu, Riaz Khan Ahmadzai, seorang warga Afghanistan yang mencari suaka di Jerman menyerang penumpang kereta api di Wurzburg dengan kapak dan pisau serta mencederakan empat penumpang. Pada 22 Julai 2016, seorang warga Iran-Jerman membunuh sembilan orang dan mencederakan 16 yang lain dalam satu kawasan membeli-belah di Munich, Jerman.

Ini disusuli dengan seorang warga Syria yang menjadi pengebom bunuh diri dan membunuh 15 orang di Ansbach, Jerman pada 24 Julai 2016. Kemudiannya, Abdulgadir Masharipov, individu yang disyaki terlibat dengan serangan ketika sambutan tahun baharu 2017 di Reina, Istanbul, merupakan seorang warga asing iaitu rakyat Uzbekistan.

Ancaman keganasan warga asing di Asia Tenggara juga tidak boleh dipandang ringan. Pada Julai 2016, Mahkamah Singapura memenjarakan empat pekerja asing warga Bangladesh antara 24 dan 60 bulan kerana membiayai keganasan di negara mereka di bawah Akta Pembiayaan Keganasan. Pada April 2016, Kerajaan Singapura menahan lapan lelaki warga Bangladesh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan terlibat merancang melakukan serangan keganasan di Bangladesh.
Pada tahun sebelumnya (2015), Kerajaan Singapura menahan dan menghantar pulang 26 warga Bangladesh kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dan Daesh. Di Filipina, kumpulan Abu Sayaf dan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro yang berbaiah dengan Daesh dan berpusat di Selatan Filipina menimbulkan ancaman wilayah dan risiko keganasan.
Berdasarkan risikan dan tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abu Sayaf yang terkenal dalam siri penculikan ke atas warga tempatan dan asing di Sabah didapati bersubahat dengan warga asing yang tinggal Sabah.
Beberapa minggu lalu, PDRM turut menangkap lelaki warga Filipina menetap di Sabah yang direkrut oleh Daesh di Filipina sebagai orang tengah mereka.
Dalam siri tangkapan ke atas mereka yang terbabit dengan kegiatan Daesh di Malaysia (telah melebihi 260 orang), sekurang-kurangnya 30 orang atau sekitar 10 hingga 13 peratus merupakan warga asing. Terdapat kes bekas pengikut Jemaah Islamiah yang dibebaskan di Indonesia, memasuki Malaysia dan memiliki pistol, akhirnya ditangkap PDRM, lalu dihantar pulang.
Pada Disember 2016, kita digemparkan dengan berita dua pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berasal dari luar negara ditangkap PDRM kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Tahun 2016 juga menyaksikan serangan lima militan Bangladesh terhadap Holey Artisan Bakery di Dhaka, Bangladesh pada 1 Julai dan membunuh 29 orang.

Dua daripada lima militan terbabit adalah pelajar IPTS di Malaysia dan negara kita bertuah kerana mereka tidak melakukan serangan di sini. Sebelum itu, seorang pelajar warga Kosovo yang menuntut di IPTS tempatan ditangkap kerana menggodam laman sesawang dan mencuri maklumat mengenai butir-butir peribadi tentera negara tertentu dan menyalurkannya kepada kumpulan Daesh.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *