Dalam pada itu, kebanjiran ramai warga asing
berfahaman Syiah dari negara tertentu sejak tahun 2000 untuk belajar, bekerja,
dan berniaga serta mendapat status pemastautin tetap di Malaysia semakin
membimbangkan. Kajian menunjukkan fahaman Syiah merupakan satu fahaman
ekstremis yang boleh menimbulkan pertumpahan darah di Iran, Iraq, Syria,
Afghanistan, Bahrain dan Arab Saudi serta dilarang disebarkan di Malaysia
berdasarkan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 1996.
Kajian juga menunjukkan terdapat beratus ribu
pengikut Syiah menyertai pelbagai kumpulan militan yang bertindak melakukan
keganasan dan pembunuhan ke atas penduduk berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di
Iraq dan Syria. Dalam masa yang sama, terdapat beribu-ribu anggota militan
Syiah di India dan Afghanistan yang bersedia pada bila-bila masa untuk membantu
Imam Mahdi versi Syiah.
Dalam hal ini, tangkapan PDRM terhadap kumpulan
Ansar Al-Mahdi di Melaka pada November 2016 adalah bukti awal ancaman Syiah
kepada keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.
Orang ramai semakin resah dan gelisah dengan
kebanjiran berjuta-juta warga asing sama ada secara sah atau tidak di Malaysia
kerana selain menimbulkan ancaman keganasan, ia juga membawa pelbagai masalah
sosial dan meningkatkan kegiatan jenayah seperti kes keldai dadah, pelbagai
scam, pecah rumah dan rompakan.
Pihak kerajaan disarankan menambah baik dasar untuk
mengurangkan kebergantungan industri kepada warga asing, menggunakan teknologi
dalam industri pertanian, perladangan dan pembinaan, mengurangkan industri
perkilangan berasaskan buruh secara berperingkat, menyaring dan menyekat pelajar
dari negara tertentu ke IPT tempatan dan menapis kemasukan warga asing dari
negara tertentu ke Malaysia.
Kemakmuran ekonomi dilihat semakin kurang bernilai
sekiranya ancaman keganasan semakin meningkat. Apa pentingnya negara semakin
maju jika rakyat jelata merasa peluang ekonomi diberikan kepada orang luar,
kehidupan mereka semakin tidak aman dan ketenteraman awam semakin tergugat.
No comments:
Post a Comment