Sunday, March 12, 2017

FAEDAH MEMBACA

NAMA: AHMAD SALMAN ALFARISI BIN ZAHARI
NO.SIRI:105                     

        Amalan membaca sewajarnya sudah sebati dalam diri setiap wargenegara Malaysia seandainya kita mahu mencapai wawasan Negara untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang 2020.Hakikatnya,seruan membaca sebenarnya telah menjadifalsafah penting bagi umat islam apabila surah al-Alaq diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad dan menyeru seluruh manusia membaca.Sekiranya budaya membaca tidak diamalkan oleh setap warganegara,hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang berilmu akan menemui kegagalan.Walaupun semua orang sedar bahawa membaca jambatan ilmu dan melalui pembacaan seorang itu dapat menambah ilmu,tetapi amalan ini belum lagi menjadi darah daging dalam kalangan rakyat Malaysia.Selain dapat menambah ilmu,amalan membaca dapat menyeronokkan pembaca dan mereka dapat memenuhi masa lapang dengan berfaedah.

       Oleh yang demikian,kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara.Contohnya isu kegawatan ekonomi,bencana dan peperangan,krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.Justeru,kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung"Dengan itu, membaca dapat mematangkan fikiran kita juga.Dengan membaca,kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Oleh itu,kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

       Secara eksplisit,budaya membaca hakikatnya membantu seseorang pelajar bagi menghafal fakta dan informasi-informasi penting.Tidak dinafikan,masih ramai lagi pelajar-pelajar yang berat tulang untuk membaca dan lebih gemar untuk membuang masa dengan telefon-telefon pintar dan komputer riba terutamanya di hutan konkrit yang serba canggih ini. Namun,kita harus sedar bahawa nak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Dalam pada itu, budaya membaca turut memberi impak positif kepada pembaca dengan membantu seseorang individu untuk menambah perbendaharaan kata. Dalam aspek ini, jika tinjau apabila seseorang itu membaca,dia mampu menemui perkataan-perkataan baharu dan ideal untuk menghasilkan hasil penulisan yang berkualiti.

Faedah membaca yang seterusnya ialah kita dapat menambah ilmu dan pengetahuan kita dari semasa ke semasa.Hal ini demikian kerana dalam zaman sains dan teknologi ini,kebanyakan buku dan bahan bacaan yang terdapat di pasaran mempunyai pebagai ilmu dan maklumat penting berkaitan sesuatu bidang samada bidang agama seperti kitab-kitab agama karangan ulama paling muktabar suatu ketika dahulu.Oleh itu,orang yang banyak membaca mempunyai pengetahuan yang luas dan lebih bijak daripada orang yang tidak membaca.Buktinya pembaharuan Meiji memberi perubahan besar kepada bangsa Jepun yang mula bangkit menjadi masyarakat membaca.


Deduksinya,dalam mencapai kejayaan yang hakiki,amalan membaca seharusnya menjadi amalan masyarakat kita.Perlu penulis ingatkan,bahawa kita masih belum mampu melahirkan umat berjaya jika umat kita pada hari ini hanya membaca untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semata-mata.Selain itu,umat kita belum mencapai tahap pembacaan yang bersifat holistik apabila bahan bacaan kita masih hanya berkait dengan bidang yang kita ceburi sahaja kerana tidak merentasi disiplin ilmu yang hakiki Seeloknya,budaya membaca ini menjadi amalan kita tidak kira dalam apa jua situasi selaras dengan matlamat pembelajaran sepanjang hayat.Usaha murni kerajaan dalam memartabatkan amalan membaca seharusnya disokong 100%.Sesungguhnya,bangsa membaca ialah bangsa yang berjaya kerana ibarat kata Barbara Tuchman, seorang penulis dari Amerika Syarikat, “Buku ialah pengusung peradaban. Tanpa buku,sejarah menjadi sunyi, sastera menjadi bisu, ilmu pengetahuan lumpuh dan fikiran menjadi kaku.” Justeru, ayuh kita bersama mendarahdagingkan amalan ini dalam diri kita sendiri serta masyarakat sekeliling bagi menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang seterusnya melahirkan umat yang berfikiran kelas pertama dan bersikap positif.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *