Sunday, March 12, 2017

ADAB DALAM MENUNTUT ILMU

PENULIS: AHMAD SALMAN ALFARISI BIN ZAHARI
NO.SIRI: 105
           Dalam menuntut ilmu,beberapa syarat haruslah dipenuhi oleh seseorang itu suoaya ilmu yang diperolehi dapat memberikan manfaat kepadanya didunia mahupun akhirat.Dalam kitab ihya ulum-al din karangan Imam Al-Ghazali,terdapat beberapa garis panduan dalam menuntut ilmu.Dalam penulisanya,imam Al-Ghazali telah mengenal pasti beberapa panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada mereka yang ingin menuntut ilmu.Diantara adab-adab ialah seseorang itu perlu menjauhi perkara yang boleh merosakkan akhlak kerana ilmu itu mudah untuk mendekati orang yang baik budi perkerti serta luhur akhlaknya.Sekiranya hati seseorang itu  dicemari dengan perkara-perkara negetif,ia boleh merosakkan kemurnian hati dan mengotorkan jiwanya dan menyebabkan baginya sukar untuk menguasai ilmu.Ini kerana secara prinsipnya,ilmu itu bersifat suci.Adab yang seterusnya ialah tidak terikat dengan hal keduniaan.Oleh itu,orang yang ingin menuntut ilmu hendaklah menghindarkan diri dari terikat dengan hal-hal keduniaan sehingga boleh melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatin sepenuhnya terhadap ilmu yang dituntut.Sekiranya fikiran  seseorang itu telah diracuni oleh elemen-elemen yang merosakkan,sukar sekali baginya untuk mengetahui hakikat ilmu.Menurut imam Al-ghazali seserang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian melainkan ia membei tumpuan yang sepenuhnya.

           Seseorang yang bergelar pelajar hendaklah menghormati guru dan bersifat rendah diri,berbaik sangka dan setiap kepada guru yang mengajarnya.Jangan sesekali bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikan dengan alasan guru tidak mempunyai kelayan akedemik yang tinggi.Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan.Sebaliknya seseorang itu harus terhutang budi  terhadap  guru yang mencurahkan segala ilmu pengetahuan serta memandunya kearah jalan kebenaran.Seseorang itu perlu mempelajari ilmu secara tertib dan tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum mengusai  dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya.ini kerana tertib dalam ilmu tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain.

            Oleh yang demikian,sekiranya seseorang itu memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai  sesuatu konsep ilmu dengan lebih baik.Adab yang seseterusnya ialah seseorang juga perlu menghindarkan diri dari mendengarkan perselisihan-perselisihan di antara sesama manusia. Menurut Al-Ghazali, hal tersebut dapat menimbulkan kebingungan saat menuntut ilmu. Tujuan belajar adalah menghiasi batin dengan sifat yang menyampaikannya kepada Allah Swt. Selain itu, ia juga harus mengharapkan mendapatkan darjat tertinggi di antara malaikat muqarabin (yang dekat dengan Allah). Dengan tujuan ini, ia tidak mengharapkan kepemimpinan, harta, dan kedudukan.Dalam menuntut ilmu kita harus ikhlas kerana Allah Ta’ala dan seseorang tidak akan mendapat ilmu yang bermanfaat jika ia tidak ikhlas kerana Allah.Seterusnya,dalam menuntut ilmu syar’i diperlukan kesungguhan.Tidak layak para penuntut ilmu mempunyai sifat malas dalam mencarinya. Kita akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dengan izin Allah apabila kita bersungguh-sungguh dalam menuntutnya.


           Panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul islam,Imam al-Ghazali dalam kitabnya ini diharap dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang ingin menuntut ilmu atau bergelar pelajar,agar ilmu yang dipelajari diberkati Allah s.w.t dan dapat memberi faedah kepada umat sejagat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *