NAMA: SITI NURUL NABIHAH BT MOHAMAD
NO.SIRI: 012
Islam yang telah diturunkan oleh
Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia
tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum
yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam agama Islam selain
daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan
suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran
Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak
berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu
bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran
akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya
mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.
Berdasarkan persoalan di atas
mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di
sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan
masalah ini, di antaranya ialah :
1. Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua
Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : “Golongan bukan Islam tidak
ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak
terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk
membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk.Manakala
sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan
dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah
Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk
membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam
keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan
(boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat
keadaan yang memerlukan yang demikan.”
2. Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul
Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : “Adapun orang bukan Islam tidak
ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci
sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca
al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca
al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan
mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.”
3. Begitu juga dengan pendapat
dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya
ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : “Orang kafir tidak ditegah untuk
membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya.“
4. Ada juga sebahagian ulamak
terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : “Haram bagi
orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran.Ini
kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub.”
Sebagai orang muslim yang baik, maka
kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan
kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila
ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan
mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak
berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini.
Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf
ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan
sebagainya.
Faktor berlakunya berbagai pendapat
dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang
mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.
Sepatunya masalah ini tidak menjadi
besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah
dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan
pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita
mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga
dengan keinginan nafsu politik yang tajam.
Ini pandangan saya, orang
kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara
langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah
tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu
ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama
belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka,
kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk
lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk
Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan
kepada bahasa mereka.
Antara ahli
sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor
Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari
Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet
Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga
telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L
Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan
tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi
Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.
Orang kafir belajar membaca Al-Quran
dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan
tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai
hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa
kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam.
Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang
bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini
membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam
dan bukan beragama Islam.
Saya tegaskan di sini, artikel saya
ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan
sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan
penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya
dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis
Rasulullah yang berbunyi “Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat”.
No comments:
Post a Comment