RASUAH merupakan antara masalah
integriti yang perlu dibenteras.
8
MENITI sorotan media mutakhir ini, satu persatu isu
berlaku dalam negara. Daripada penangkapan individu tertentu oleh pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hinggalah isu penajaan kelab bola sepak.
Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan isu integriti.
Mengapa perkara ini terjadi? Siapa yang harus
dipersalahkan? Kesemua isu ini memerlukan pengamatan dan fiqh tabayyun dalam
memelihara negara serta masyarakat terus aman sejahtera.
Menyusuri kembali sirah, kemunculan tamadun Islam
sangat dibanggakan bermula di zaman Rasulullah SAW, diikuti para sahabat dan
khalifah selepas baginda kerana ketinggian akhlak dan budi pekerti pemimpin
serta rakyatnya.
Namun malangnya, tamadun Islam diikuti kemerosotan
demi kemerosotan melanda hingga jatuhnya empayar Uthmaniyyah yang berpunca dari
kejatuhan akhlak dan nilai-nilai moral.
Terkandung dalam al-Quran, pelbagai kisah kebangkitan
dan keruntuhan tamadun, pemerintahan, kerajaan serta ummah. Para pengkaji ada
menyatakan hampir 1,500 ayat atau satu perempat kandungan al-Quran mengandungi
sejarah sebagai peringatan.
Al-Quran juga merakamkan beberapa watak pemimpin
korup yang tidak berintegriti. Mereka ialah Firaun, Haman dan Qarun. Firaun
merupakan pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuh
sesuka hati, mendakwa dirinya tuhan serta menyakini tidak ada kuasa lain boleh
menggugat pemerintahannya.
Haman seorang yang sentiasa berlegar mengelilingi
Firaun menjalankan tugas ampu-mengampu memperkukuhkan kekuasaan Firaun. Qarun
tokoh korporat yang mendapat manfaat daripada pemerintah, membantu pemerintah
sekaligus mengaut habuan yang lumayan tanpa mempedulikan kesengsaraan orang
lain.
Begitu juga disebutkan beberapa kaum yang rosak
integriti kemanusiaannya, lalu dihapuskan oleh Allah daripada muka bumi seperti
kaum Thamud (umat Nabi Saleh a.s.), kaum Aad (umat Nabi Hud a.s.) dan umat Nabi
Lut a.s.
Kesemua pendedahan tersebut berkait rapat dengan
pencemaran integriti yang paling tinggi iaitu mensyirikkan Allah selain
sifat-sifat keji lain.
No comments:
Post a Comment