Penulis: Nurul
Syahada Binti Hassan
No. Siri: 043
No. Matrik:
14021150
Assalamualaikum W.B.T..Innalhamdulillah..Allah S.W.T telah memberi kita
peluang,masa dan keperluan untuk kita menjalani dan meneliti kehidupan kita
seharian..
Realiti kehidupan muslim hari ini sangat mencabar dan kita diumpamakan seperti
orang asing dalam menghurung arus masyarakat dan dunia pada hari ini.
Dan Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memelihara para Ulama dan para Dai`e yang
terdiri dari pelbagai fikrah dan cabang yang berbeza untuk
menyebar,menyampaikan dan belajar dan mengajar tentang agama.
Cuma akhir-akhir ini,saya mendapati kecerendungan kita untuk mempertikai,tidak
boleh menerima pendapat,menghentam dan lain-lain...perkara ini telah
menghancurkan perpaduan ummat dan menjadikan diri kita hari ini sebagai
"orang agama" telah dimasuki sifat-sifat yang tidak
elok...takabbur,merasa dirinya benar dan orang lain salah,bangga dengan
pencapaian dalam usaha untuk agama..dan kefahaman terhadap agama oleh
saudara-saudara kita yang beragama islam yang berusaha untuk mendalami dan
mengalamalkan islam boleh tercalar dan boleh terjadinya silap faham,apatah lagi
terhadap bukan islam..pada bahagian perbezaan mazhab apatah lagi,saya mengambil
satu perkara iaitu tentang hukum bergambar.kita sama sekali tidak boleh memaksa
saudara kita dari mazhab lain untuk mengikuti mazhab kita,kecuali dalam solat.
Pada hukum bergambar,para Ulama dari 4 Mazhab telah membincangkan dan mereka
ada pendapat dan Nas serta Dalil masing-masing,maka Hormatilah..apatah lagi
kita datang dari tempat lain dan apabila kita datang ke tempat mereka,kita
memaksa pula mereka untuk mengikuti kita..ini tidak menghormati,berhikmah dan
berakhlak dalam dakwah dan ilmu..
dan hari ini kita mahu menyampaikan seruan agama,dakwah dengan perantaraan
membahagikan masa,mengikuti kuliah agama,belajar agama tetapi pendekatan akhlak
Nubuwwah iaitu akhlak Baginda S.A.W tidak diambil berat dan tidak digunakan.
Kenapa hari ini kita sibuk mewar-warkan kitalah berada di jalan yang
benar,inilah sahaja jalan yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W..sedangkan
perkataan-perkataan seperti ini boleh menafikan usaha-usaha fikrah dalam agama
yang lain?Mereka juga ada Nas dan Dalil dalam perjuangan ataupun manhaj
mereka..mereka juga ada Para Ulama yang membimbing mereka..jadi berhati-hatilah
dan jagalah percakapan kita supaya perpecahan ummat tidak berlaku..
Dan kita tidak sama sekali boleh memaksa apatah lagi mempertikaikan
saudara-saudara kita yang tidak berada dalam fikrah kita untuk
"mewajibkan" mereka mengikuti fikrah yang kita ikuti sedangkan mereka
telah berada dan meneliti fikrah ataupun manhaj yang telah dapat membimbing dan
mengekalkan mereka dalama agama dan amalannya?
Iman ada kaitan dengan amal.dan Iman juga ada satu lagi kaitan yang jarang kita
perbincangkan iaitu "Akhlak".
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Al-Ahzab:21)
di sini saya memetik mutiara nukilan dari kitab Empat puluh Hadtih Akhlak Mulia
yang dikarang oleh Hazrat Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Hafizahullah, salah
seorang ulama nusantara yang aktif mengajar dan menybearkan ilmu agama di
negara kita.
Petikan dari mutiara nukilan oleh Hazrat Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam
Hafizahullah:
"Akhak mulia daalah buah daripada iman yang terjunam di dalam hati. Orang
yang sempurna iman ialah orang yang sempurna akhlaknya.Akhlak mulia adalah ciri
utama bagi setiap muslim,kerana hakikat iman aapabila wujud di dalam hati,ia
akan dapat memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang."
persoalan yang berlaku pada hari ini, ke mana akhlak kita pada hari ini,yang
hari ini kita orang beriman? Akhlak ini penting dan ia ada kaitan dengan iman.
Iman bukan sahaja berkait dengan amal,ia berkait juga dengan akhlak.
Dalam satu riwayat,Baginda S.A.W bersabda:
"tidak ada iman (tidak sempurna iman) bagi orang yang tidak ada sifat
amanah padanya."
(Hadith Riwayat Ahmad)
pada pendapat peribadi saya, biarlah pada Dai`e tidak ramai bilangannya,yang
penting mereka ada kualiti iman dan akhlak mulia yang seperti dicontohkan oleh
Baginda S.A.W.
kita mahukan kualiti,bukanlah kuantiti..
Perlu juga kita buat dan bina hubungan dengan para Ulama. BUKAN sahaja dengan
para Ulama yang berada dalam fikrah kita sahaja,malah Ulama-Ulama lain dari
fikrah dan manhaj lain..
Dan khas terutamanya kepada diri saya sendiri yang menulis ini dan kepada
para-para Dai`e muslimin dan muslimat sekalian:
1. Hormati dan janganlah mempertikaikan usaha dakwah fikrah lain.
Hormati dan janganlah mempertikaikan usaha dakwah fikrah lain.dan jangan sama
sekali menolak apatah lagi tidak menghormati program-program mereka apabila
program mereka ada di tempat kita.selagi sesuatu fikrah itu masih mengikuti
Al-Quran dan Hadith,serta dibimbing oleh para Ulama dan diiktiraf dari
kebanyakan fatwa para Mufti,JANGAN SAMA SEKALI melabel mereka sesat,jahil dan
keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. Jangan sama sekali memaksa saudara kita dari fikrah lain seolah-olah
"memaksa" mereka untuk ikut fikrah kita.
Jangan sama sekali memaksa saudara kita dari fikrah lain seolah-olah
"memaksa" mereka untuk ikut fikrah kita. Apatah lagi mempertikaikan
saudara-saudara kita yang tidak berada dalam fikrah kita untuk
"mewajibkan" mereka mengikuti fikrah yang kita ikuti sedangkan mereka
telah berada dan meneliti fikrah ataupun manhaj yang telah dapat membimbing dan
zmengekalkan mereka dalama agama dan amalannya.
3. Cintailah Ilmu agama.
Cintailah Ilmu agama.kerana Ilmu agama ini ialah penting untuk para Dai`e.
Dai`e juga kena memasukkan pengajian ilmu (Tolibul Ilm) dalam diari dan
perancangan mereka.sibuk dalam usaha dakwah dan hanya fokus pada program fikrah
kita sahaja bukanlah praktis untuk Dai`e yang baik. Realiti dunia pada hari ini
juga perlu diketahui. Masalah fiqh,mua`amalat,munakahat,kehidupan seharian yang
ada permasalahan agama juga perlu diketahui.
4. Cintailah Sunnah Baginda S.A.W.
dan kita tidak sama sekali menganggap apatah lagi memandang rendah
saudara-saudara kita dari fikrah lain yang juga mengamalkan Sunnah S.A.W.
misalnya,pada permsalahan Sunnah tentang Janggut. Mungkin kita memelihara
Janggut sampai segenggam tangan panjangnya atau lebih,tetapi saudara kita dari
fikrah lain hanya memelihara janggut sejemput/sedikit sahaja. Hormatilah
pnedirian mereka. Mereka juga ada Nas dan Dalil yang diterangkan oleh para
Ulama yang mereka rujuk.
5. Memelihara Akhlak.
Iman dan Amal adalah satu ikatan. Akhlak juga adalah adanya ikatan dengan
iman.seperti nukilan dari Hazrat Sheikh Ahmada Fahmi Zam-Zam Hafizahullah di
atas tadi,Usaha atas iman dan amal adalah baik dan terpuji.tetapi pengisian
akhlak perlulah diperabaiki.saya tidak terhadkan perkara ini kepda sekian-kian
fikrah,tetapi ianya adalah umum. Dan paling penting sekali Akhlak kepada para
Ulama dan Ibu-Bapa sangat-sangat harus diambil berat kerana adanya keberkatan
dari mereka. Kepada saudara seagama, hormati dan berkata-kata yang
baik,berhikmah dan menghormati mereka terutamanya yang berbeza fikrah dengan
kita.
6. Bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh.
Bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh bukanlah sahaja dengan menghadiri
majlis mereka,malah kita datang dan silaturrahim dengan mereka diluar waktu
kuliah.janganlah kita "memilih bulu" dengan bergaul dengan para Ulama
dan Orang Soleh di dalam fikrah kita sahaja. Bergaullah dengan para Ulama dan
Orang Soleh tanpa mengira mereka dari fikrah mana sekalipun.
7. Bergaul dengan semua orang.
Pada Dai`e seharusnya tidak "memilih bulu" dalam bergaul. Perkara ini
telah menjadi duri dalam daging dalam dakwah..duduk,berbual dan komunikasi
sesama mereka sahaja,kalau ada pun bergaul dengan orang tidak sefikrah,
hanyalah semasa membahagikan masa semasa di jalan Allah S.W.T,di kawasan tempat
tinggal kita..dengan rakan-rakan kita dari fikrah lain..perkara ini harus
diambil kira dan diperbaiki.
8. Muzakarah, bukan Berdebat.
Akhir-akhir ini,saya dapati tidak kiralah samada mereka dari dakwah dan
Tabligh, Tariqat-Tariqat,fikrah ikhwan dan akhhawan, serta fikrah politik islam
dan sebagainya..adanya kecenderungan berhujah dan berdebat untuk menunjukkam
masing-masing berada di jalan yang benar..selagi sesuatu fikrah itu mengikuti
Quran dan Hadith,ia tidak sesat dan keluar dari islam. Sibuk menghentam dengan
komen di blog,berhujah di blog.apakah hasilnya..ia hanya memecah-belahkan
ummat...nasihat saya kepada "Bloggers" di luar sana,hentilah berdebat
dan berhujah,muzakarahlah dengan para ulama di dunia realiti..mereka ahli dalam
agama..apa gunanya kita berhujah dan berdebat di dunia blog ini,tetapi apa yang
terhasil hanyalah tulisan-tulisan yang dipandu oleh nafsu amarah dan perasaan
kebencian..renungkanlah kita semua..dan jangan kondem apatah lagi menulis
tentang kekurangan sesuatu fikrah..jikalau anda Cintakan Baginda S.A.W..kerana
Baginda S.A.W mahukan ummatnya bersatu...
Semoga kita semua mengutamakan methodologi akhlak dalam berdakwah,kerana
iman,amal dan akhlak,semuanya berkait rapat.dan semoga kita semua dirahmati dan
dikasihi Allah S.W.T. Wallahu`alam.
No comments:
Post a Comment