Thursday, January 12, 2017

Kepentingan Mempelajari Ilmu-Ilmu Agama Di Bawah Bimbingan Dan Panduan Para Ulama/Alim

Penulis: Nurul Syahada Binti Hassan
No sri: 043.  No. Matrik: 14021150
Ijazah Syariah Semester6


Alhamdulillah,segala puji untuk Allah S.W.T dan selawat dan salam ke atas RasulNya,Muhammad S.A.W..dalam kesibukan kita mempergandakan dan memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan Ramadhan,syukur Allah S.W.T. masih memberi saya sedikit kelapangan untuk menulis..pada posting kali ini,saya ingin menekankan betapa pentingnya mempelajari ilmu di bawah bimbingan dan panduan dari para ulama/alim.


saya merasakan tajuk ini penting kerana sejak kebelakangan ini,saya memerhatikan adanya sebahagian kecil dari kita yang suka berdebat,berhujah dan melampirkan hujah-hujah dari kitab-kitab tertentu sedangkan mereka tidak pernah belajar kitab tersebut dari para ulama,hanya sekadar pembacaan sendiri...maka jadilah ianya satu situasi di mana jika hujah tersebut bersesuaian dengan perbuatan mereka,mereka akan menggunakannya..inilah yang telah disebut oleh Hafiz Khatib al Baghdadi Rahimahullah,Muhaddith yang terkenal dalam kitabnya "Taqlid Al-Ilm" bahawa:

" Ramai para ilmuan agama dan para ulama pada zaman sebelum kita,bila hampir tiba masa kematian mereka,samada mereka sendiri atau menyuruh orang lain untuk memusnahkan kitab-kitab karangan dan penulisan mereka. Ini adalah kerana mereka takut penulisan mereka akan jatuh pada tangan orang-orang yang tidak amanah yang tidak memahami tujuan penulisan dan mereka hanya akan mengambil hujah,dalil,nas dan keterangan yang hanya untuk menunjukkan kebenaran perbuatan mereka atau yang sesuai untuk perbuatan mereka".

bukanlah tujuan saya menghalang atau mempertikai mereka yang suka membaca kitab-kitab,tetapi tujuan saya supaya kita membaca kitab,tetapi dalam masa yang sama,meminta dan belajar dari para ulama..supaya kefahaman kita betul dan tepat pada sebarang hujah,nas,hadith yang dilampirkan dalam sesebuah kitab..itu sahaja..

dan perkara ini telah terjadi pada kita pada hari ini.saya berharap agar semua dai` dan pencari ilmu benar-benar belajar kitab dengan adanya bimbingan dan panduan dari para ulama,dan tidak sahaja menggunakan internet sebagai medium pengajaran tanpa panduan dan tunjuk ajar dari para ulama.pada kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.




dan membanyakkan amalan terutamanya pada 10 terakhir Ramadhan.dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.di sini saya memohon maaf jika ada kesilapan dan penulisan saya sepanjang dalam menguruskan blog ghostridermujahid ini.semoga pembaca semua sudi menyelitkan nama saya ini supaya istiqamah dalam pengamalan dan perjuangan agama dan betmabah taqwa pada Allah S.W.T dalam doa-doa tuam/puan.


Kepentingan mempelajari ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan dan panduan para ulama/alim.

sesetengah orang berkata bahawa sistem ijazah dan sanad dari para ulama adalah penting manakala ada sesetengah dari kita juga berkara bahawa tidak diperlukan sanad atau ijazah untuk menjadi ulama/alim dan pengetahuan itu boleh didapati hanya dengan pembacaan sendiri.yang manakah satu pendapat yang betul dan adakah ada dalil dan nas untuk mengesahkan perkara ini?




untuk memperoleh ilmu pengetahuan di bawah kemahiran dan panduan dari mereka yang ahli dan layak di dalam bidang mereka,terutamanya dari para ulama kita yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W sebagai panduan adalah penting. kegagalan untuk berusaha untuk perkara ini akan menghasilkan kesalahan dan kesilapan dalam proses belajar.malah, amalan mempeljari ilmu dari mereka yang ahlinya telah menjadi amalan para Sahabat R.Anhum,sepertimana juga generasi selepas Sahabat R.anhum sehinggalah ke hari ini.

1. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan dan maksud untuk memberi pengetahuan kepada manusia. tetapi tanpa penerangan dari utusan-utusan Allah S.W.T,iaitu Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam, maksud dan kehendak sebenar sesuatu ayat di dalam Al-Quran boleh menjadi silap faham. Allah S.W.T telah berfirman:





"dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."

(An-Nahl:89)

Ayat ini adalah hujah terkuat dan menjadi bukti atas perkara ini.

2. Allah S.W.T berfirman di dalam Quran:





"dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."

(An-Nahl:43)

3. Nabi Daud Alaihi`salam dikatakan telah mendapat manfaat dan pengajaran dari Lukman Al-Hakim Rahimahullah sebelum Nabi Daud A.S mendapat risalah kenabian.

(Tafsir Al-Qurtubi)

4. Nabi Musa Alaihi` salam telah mengikuti sementara Nabi Khidir Alaihi`salam dan kisah ini diketahui ramai dan ianya termaktub di dalam Al-Quran.

5. tambahan pula, dalam era zaman Tabi`un, sesiapa yang mengisytihar atau mengakui mengetahui sesuatu ilmu, dia akan disoal tentang dari mana ilmu itu didapati/dari mana ia belajar.


6. Hafiz Khatib al Baghdadi Rahimahullah,Muhaddith yang terkenal dalam abad ke-5,mengarang sesuatu dalam kitab karangannya "Taqlid Al-Ilm", pada muka surat 61;

" Ramai para ilmuan agama dan para ulama pada zaman sebelum kita,bila hampir tiba masa kematian mereka,samada mereka sendiri atau menyuruh orang lain untuk memusnahkan kitab-kitab karangan dan penulisan mereka. Ini adalah kerana mereka takut penulisan mereka akan jatuh pada tangan orang-orang yang tidak amanah yang tidak memahami tujuan penulisan dan mereka hanya akan mengambil hujah,dalil,nas dan keterangan yang hanya untuk menunjukkan kebenaran perbuatan mereka atau yang sesuai untuk perbuatan mereka".

selepas itu beliau menukilkan beberapa insiden/peristiwa yang menimpa para ulama yang terdahulu.di antara mereka adalah Imam Abidah Al-Samani Rahimahullah,Imam Shu`bah Ibn Hajjaj Rahimahullah,Imam Abu Qilabah Rahimahullah dan Imam Isa Ibn Yunus Rahimahullah. (nota kaki pada kitab untuk muka surat 61 & 62)

7. Imam Muhammad Ibn Sirrin Rahimahullah, Hakan Ibn Atiyya Rahimahullah dan Waki Ibn Al-Jarrah Rahimahullah diamana semua mereka sepakat berkata bahawa punca utama kesesatan dan kejahilan Bani Isra`il adalah kerana mewarisi kitab-kitab yang telah dibuah suai isi-isinya oleh nenek moyang mereka yang mnejadi pengikut Nabi Musa A.S
(Taqyid Al-Ilm,muka surat 61 dan nota kakinya)


8. Imam Awza`i Rahimahullah berkata:

"ilmu agama adalah sesuatu yang bersanad,luhurnya dan keberkatan akan dapat didapati daripada mulut para pengajarnya. dan apabila tiba satu masa nanti,ramai akan belajar darinya hanya dari kitab,tanpa ada orang yang mengajarkannya,maka nur serta keberkatan ilmu agama akan hilang"

nota:

tujuan saya meletakkan tiga kata-kata dari para ulama adalah untuk membuktikan bahawa belajar ilmu agama menggunakan kitab (belajar sendiri) tanpa bimbingan dan penerangan dari para ulama adalah cara yang tidak betul dan hilangnya nur serta keberkatan pada ilmu agama.

seharusnya para dai` dan pencari ilmu agama belajar dan dibimbing oleh para ulama`.

8. Imam Malik Rahimahullah pernah ditanya jika ilmu dapat diperolehi dari seorang yang tidak duduk di dalam majlis pengajaran para ulama,sebaliknya hanya merasakan cukup hanya dengan pembacaan sendiri kitab.Beliau menjawab:

"ilmu tidak akan didapati dan diperolehi kecuali oleh mereka yang telah mengingat atau menghafal,dengan dibantudan dibimbing oleh para ulama,dan dia akan dapat mengamalkan apa yang dipelajarinya dan ia akan dapat sifat taqwa."

(Adab al-Ikhtilaf,muka surat 145)


10 .Sheikh Muhammad Awwamah Hafizahullah-seorang muhaddith dari syria, mengarang sesuatu yang sangat indah dalam kitab karangannya,yakni Adab al-Ikhtilaf"

"para ulama` tidak pernah memberi perhatian ataupun belajar dari seseorang yang tidak mempunyai pengajar atau guru, samada mereka akan tidak mempertimbangkan dan tidak mendengar orang seperti ini bercakap atau mengeluarkan sesuatu jhukum/fatwa, kerana ditakuti mereka akan melakukan kesilapan."

Beliau menulis lagi bahawa:

Qadi Iyad Rahimahullah dan para ulama yang lain ada meriwayatkan semasa Imam Ahmad Ibn Hanbal Rahimahullah telah diminta oleh pemerintah/khalifah pada masa itu, (Al-Mu`tasim) untuk berbincang beberapa perkara dengan Ibn Abi Dua`d (ketua penyiasat mahkamah),beliau memalingkan mukanya dan berkata:"bagaimana aku boleh berbincang suatu hal yang penting dalam agama bila orang yang ingin aku berbincang itu tidak pernah berada di pintu-pintu rumah para ulama`?" (muka surat 144)





kita berharap semoga 10 perkara di atas mencukupi untuk membuktikan bahawa adalah tidak betul memperlajari ilmu agama dengan meneelah kitab tanpa bimbingan dan pengajaran dari para ulama. dan juga kepentingan mempelajarinya dari mereka yang ahlinya dan layak dalam ilmu-ilmu agama.

saya mengakhiri penulisan ini dengan melampirkan terjemahan syair yang terkenal yang ditujukan oleh Imam Shafi` Rahimahullah:

wahai saudaraku,
kamu sekali-kali tidak akan memperoleh ilmu,
tanpa 6 perkara yang sangat penting,
kecerdasan minda,kehendak,kemiskinan,
dan tinggal sementara dan dididik oleh para ulama,
dan membantu serta belajar darinya untuk suatu tempoh masa yang konsisten.

(muka surat 142-143)

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *