Ditulis Oleh:
NAMA: NURNAZIHAH BINTI MOHD
NOOR
NO MATRIK: 14021142
NO SIRI: 053
“Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW
bersabda : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan padanya, maka
sudah tentu Allah menjadikannya seseorang yang faqih (mengerti) atau dapat
menghayati dengan baik hal-hal agama”.
(Hadis Riwayat Ibnu
Majah)
Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Menurut Syed
Naquib al-Attas, ilmu ialah sampainya satu makna dalam diri manusia.
Secara keseluruhannya sesuatu perkara yang difahami oleh manusia berdasarkan
pemerhatian, kajian, uji kaji, pengalaman dan lain-lain yang dikatakan ilmu.
Sekiranya kita menghayati dan meneliti al-Quran,
terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang kedudukan orang yang
berilmu. Dan tidak kurang juga terdapat
banyak hadis mengenai kelebihan ilmu dan kewajipan menuntut ilmu bagi semua
umat Islam baik lelaki mahupun perempuan. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat
menitikberatkan soal penekanan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan. Islam
menyuruh umatnya agar sentiasa menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan, baik
ilmu fardhu ain mahupun ilmu fardhu kifayah. Orang yang alim itu sangat ditakuti
oleh syaitan kerana si alim itu tahu caranya untuk melawan godaan syaitan dan
dapat pula menyelamatkan orang-orang yang disesatkan. Jadi syaitan sangat takut
kepada si alim kerana dia dapat memelihara dirinya dan dapat memberikan
bimbingan kepada orang lain.
Sungguh
berkat orang yang alim itu, kerana sentiasa memberikan kebaikan kepada orang
lain. Dia dapat memberikan panduan untuk mendapat hidayah berdasarkan Sunnah
Nabi Muhammad SAW ke jalan yang benar dan dia tidak akan membebankan orang
lain. Sebaliknya orang yang jahil pula, kadang-kadang dia mahu membantu orang
lain, tetapi hasilnya kerosakan yang mereka lakukan. Selain itu, bagi orang
yang alim dalam ilmu agama, mereka ialah orang yang dipilih oleh Allah SWT,
maka hidupnya akan dikelilingi dengan segala kebaikan. Ini kerana orang yang
faham ilmu agama itu ialah orang yang mengerti dan memahami dengan baik akan
kehendak Allah SWT dan peraturan Allah SWT atau hukum hakam Allah SWT. Maka
demikian itu, dia akan melaksanakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang
dilarang oleh Allah SWT. Itulah makna taqwa yang dituntut daripada setiap muslim.
Sesungguhnya
ilmu itu telah mengangkat martabat siapa yang memilikinya. Barangsiapa berilmu
pasti tinggi martabatnya, walaupun dia masih muda atau hanya dari keturunan
yang miskin. Sebaliknya orang yang tidak berilmu pula martabatnya rendah walaupun
dia dari keturunan yang kaya. Nah! Ilmulah yang menentukan tinggi atau
rendahnya martabat seseorang, bukan harta atau keturunan.
No comments:
Post a Comment