Ditulis Oleh:
NORAINI BINTI OTHMAN ( 14021129 )
NO.SIRI : 022
NURUL AIN AMANINA BINTI ABDUL RAHIM
( 14021144 ) NO.SIRI : 075
NORFARHANA BINTI MAT NAIB ( 14021130
) NO.SIRI : 031
SITI MARIAM BINTI MUHAMED ( 14021156
) NO.SIRI : 083
NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD NAWAWI (
14021121 ) NO.SIRI : 069
Masjid
Ar-Rahman atau lebih dikenali sebagai Masjid Lama Mulong. Masjid yang
mempamerkan keunikan warisan silam senibina Melayu Kelantan yang kini amat
jarang dapat disaksikan , rupa-rupanya masih berdiri utuh disini, jelas
tersergam di satu pinggir Jalan Kuala Krai , tidak jauh dari Masjid Lama
Kampung Laut . Ianya terletak lebih kurang 8 kilometer ke selatan pusat Bandar
Kota Bharu , di satu kawasan bernama Mulong, dalam daerah Pendek , Jajahan
Kota Bharu.
Walaupun tidak dapat dipastikan bila ianya dibina , tatacara pembinaan serta ciri-ciri seni bina yang ditunjukkan adalah topical bagi seni bina tradisional Melayu Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua . Ciri-ciri tersebut dapat diperhatikan pada bahagian dinding , pintu , tiang , ruang atap dan juga struktur keseluruhan bangunannya . Walaupun hampir ketiadaan bahagian yang terukir , ukiran pada penjuru-penjuru tiang utama, dirasakan amat unik serta tidak ditemukan pada tiang-tiang seumpamanya pada binaan-binaan tradisional lama lain di Kelantan.
Syukurlah kerana dengan demikian , nampaknya
ada satu bentuk jaminan yang ianya akan terus kekal buat tatapan generasi kini
dan akan datang .
APA
YANG DIKENALI SEBAGAI DINDING BERHIAS :
Binaan dinding seperti ini adalah kebiasaan
bagi masjid-masjid,istana dan kediaman-kediaman golongan bangsawan dan berada
di Kelantan sehingga awal abad ke-20.Dibina melalui gabungan kepingan-kepingan
panel kayu dan disusun dengan sedemikian rupa.
Kelihatan di bahagian dinding ini, adalah dua keeping akrilik telus
cahaya yang dipasang bagi memggantikan panel kayu asal, bertujuan menggalakkan
lagi percahayaan dalaman bangunan.
Bahagian dinding, di hujung kiri gambar adalah tambahan
baru,mungkin bagi menggantikan dinding asal ( janda berhias ) yang telah using
dan reput.
SISIP
ANGIN BERUKIR, DENGAN UKIRAN GEOMETRIC :
Bagi memudahkan pengaliran
udara, bertujuan menyejukkan ruang dalaman pada zaman tatkala kipas elektrik
dan tenaga elektrik. Sesuatu yang tidak terlintas di fikiran. Tapikal bagi
kediaman tradisional masyarakat melayu.
BAHAGIAN MIMBAR DAN BAHAGIAN SAF HADAPAN:
Apa yang kebiasaannya dipasang tiang, digantikan
dengan sambungan khas yang ditandakan dengan Buah Gutong pada siling. Siling
sebenarnya tidak wujud dalam senibina tradisional melayu. Syiling yang
kelihatan merupakan tambahan baru, yang memungkinkan lampu dan kipas dipasang.
Berkenaan mimbar, masjid ini tidak lagi diwartakan sebagai masjid
bagi tujuan solat jumaat. Sejak bila tidaklah diketahui. Yang pasti dahulunya
ia berperanan penuh sebagai masjid mukim dan kini ianya sekadar bertaraf sebuah
masjid iktikaf semata.
Tiang Masjid Yang Menyokong Pembangunannya
Sehingga Ke Hari Ini…..
UNJURAN
LANTAI DAN TIANG BERUKIR:
Unjuran lantai sebegini memang unik bagi binaan tradisional melayu
Kelantan sebelum perang dunia kedua. Struktur sebegini juga turut kelihatan
pada beberapa rumah-rumah lama di Bandar kota Bharu.
Tujuan
diadakan demikian tidak pula dapat dipastikan. Kelihatan juga ukiran pada
tiang. Walaupun berniat baik, cat yang berlebihan , lebih-lebih lagi jika
berlapis hanya akan melenyapkan manifestasi ukiran seperti ini. Tetapi ,
nampaknya terpaksa juga dilakukan demi memulihara kayu.
PEPENJURU YANG BERUKIR PADA HUJUNG BAWAH DAN ATAS TIANG UTAMA:
Satu ciri yang unik, rasanya tidak ada pada
tiang-tiang seumpamanya seperti di istana Balai Besar, istana Jahar mahupun
Masjid Lama Kampung Laut.
TIADA PAKU, SKRU MAHUPUN BOLT DAN NAT DIGUNAKAN:
Struktur sokongan dan sambungan pada ruangan
atap yang unik bagi senibina tradisional melayu. Hanya sambungan tanggam dan
pasak kayu sahaja. Perhatikan juga barisan kayu jerghia (jerial) yang pastinya
dahulu, buat menyangkut atap bata singhorra.
BUAH GUTONG:
(juga disebut buah guntong buton
,atau buntong ) pada siling.
Dipasang disini bagi menggantikan
apa yang kebiasaannya adalah tiang.
Bertujuan meluaskan lagi ruang dalaman
bangunan)
PINTU JENIS
LAMA:
tipikal bagi binaan kayu tradisional
sehingga awal abad ke-20
Tiada engsel logam. Berfungsi dengan
turus kayu bulat pada hujung atas dan bawah daun pintu
No comments:
Post a Comment